oleh : Paritbuntaq
Bertuahnya Parit Buntar kerana sebelum mengakhiri 2009 MB Perak datang bertandang.MB yang ibarat kena loteri yang tak pernah termimpi dapat jadi MB dalam suasana penuh kecelaruan ini.
Apapun syabas Dato' kerana Parit Buntar bukannya tempat yang asing bagi Dato' walaupun kehadiran Dato' semacam tidak dialu-alukan disini.Bukan salah Dato' , bukannya rakyat tak mahu bersama Dato tetapi sikap pemimpin pemimpin politik Parit Buntaq yang cakap saja pandai..Macam pepatah lama " Cakap berdegar degar tahi tersangkut atas gelegar "
Sedih saya lihat suasana di Flat Pekan baru ...berapa kerat je rakyat yang hadir...Banyak orang luar dari orang Parit Buntar sendiri. Petangnya pulak di Padang Bandaran lagi la memalukan...Saya rasa kalau ada perlawanan persahabatan antara kelab kampung lagi ramai yang datang. Itulah suasana sebenarnya di Parit Buntar. Perbalahan antara Puak Puak UMNO yang tak pernah selesai. Gila jawatan gila pangkat ...cakap gah di dalam dewan tapi kerja satu apa pun tak tau.
Dari risik risik dengan orang UMNO...tidak ramai yang tahu kehadiran MB ke Parit Buntar...Kalau tiada peruntukkan untuk me war-warkan pada rakyat jelata , takkanlah pada ahli UMNO pun tak boleh nak sampaikan...sedih.
Mana perginya Setiausaha dan Ketua Penerangan UMNO ... takkanlah tak boleh buat kerja kalau Ketua UMNO tiada. Kita faham yang Ketua UMNO tidak berapa sihat. tapi Timbalan , Naib , Ketua Wanita , Ketua Puteri , Ketua Pemuda takkanlah tak reti reti lagi. Sedihhhhhhhhhhhhhhhhh...
Malamnya pula di Bagan Tiang pun sama...selepas Isyak saje lenggang...itupun ramai yang hadir muka muka yang tak pernah nampak diMasjid. Sudahlah hentikan sikap hipokrit ...rakyat tahu dan rakyat akan menghukum tuan tuan.
Saya kadang kadang pernah terfikir...kalau Dato' Raman melepaskan jawatannya...siapa yang lebih layak menggantikan tempat beliau. Cikgu Salleh? ...Abang Bakaq?..kita sendiri sedia maklum macam mana sikap sebenar mereka.
Saya doakan Dato terus sihat untuk memimpin Parit Buntar sehinggalah pemimpin yang betul-betul layak hadir...tapi macam mana nak hadir kalau setiap tokoh yang muncul terus " disembelih "
Lagipun Cikgu Salleh dengan Abang Bakaq saya rasa lebih selesa dengan kehidupan sekarang...mungkin akan doakan supaya pilihanraya dilambatkan lagi atau Parit Buntar terus tewas..Senanglah nak habiskan peruntukkan , kalau rakyat minta ...bagi alasan tiada peruntukkan ataupun bukan YB...sedangkan kita sedia maklum yang peruntukkan tetap ada...
Himpunlah kekayaan tuan tuan tu...tapi ingat apa yang saya pernah katakan...duit rakyat yang disuapkan kemulut anak anak tuan tuan tu akan jadi darah daging. Kalau bersih makanan yang disuapkan bersih lah darah itu nanti...Mungkin Tokei Kedai Mini boleh doakan tuan tuan di Kubur nanti atau kontraktor yang nyaris kehilangan telinga dapat buat kubur konkrit bila sampai waktunya....
Renungkanlah.....
Sumber : paritbuntaq
Berkaitan - Rupanya ada blogger Umno di Parit Buntar
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash