Di Malaysia ni, Ibrahim Ali mungkin boleh jadi contoh paling popular, sampai digelar 'raja katak'. Semalam pulak satu lagi bukti bila Kuli boleh bercaramah 'bagi pihak' kerajaan Pas Kelantan dalam isu royalti minyak.
Apakah mustahil lepas ni giliran Khairi Jamaluddin pulak berpindah kem. Dan memang pun pernah ada khabar-khabar angin yang kata Khairi ni memang rapat dengan pimpinan tertentu Pakatan Rakyat dan dia memang pernah dilihat 'agak mesra' dengan pimpinan Pakatan Rakyat.
Hari ni dalam www.mykmu.net ada laporkan
Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.Agak-agak kalau dia nak lompat dia pilih Pkr atau Pas? Ataupun mungkin dah ada pihak yang 'melamar' dia. Kalau tanya aku, aku akan suruh dia letak jawatan MP Rembau dulu kalau nak lompat masuk Pas. Prinsip, walaupun aku yakin ramai yang tak bersetuju pendapat aku.
Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut. - mykmu.net
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash