Lebih 240,000 belum mendaftar, salah siapa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 08, 2010

Lebih 240,000 belum mendaftar, salah siapa?


Siapakah yang harus dipersalahkan? Nak salahkan SPR sangat pun tak patut jugak pasai tugas depa yang utama hanya untuk mengendalikan pilihanraya saja. Bab nak pastikan rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas aku rasa bukan tanggung jawab depa. 

Parti-parti plitik pun wajar dipersalahkan. Sebabnya semua parti-parti dah ada petugas khas berjawatan Penolong Pendaftar SPR yang dilantik oleh SPR yang dibagi kuasa mendaftarkan pengundi baru. Depa ni tak buat kerja ka?

Ataupun sebenarnya memang 240,000 orang di Kelantan bersama tah berapa juta orang diseluruh Malaysia yang belum mendaftar tu memang depa tak mau mendaftar. Kalau betui memang depa tu takmau mendaftar apa alasan depa?




Lebih 240,000 Rakyat Kelantan Yang Layak Belum Mendaftar Sebagai Pemilih

KOTA BAHARU, 7 Jan (Bernama) -- Lebih 240,000 rakyat Kelantan yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih sekalipun pelbagai langkah telah diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mereka berbuat demikian.


Pengarah SPR Negeri Ab. Rahim Md Salleh berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.4 juta penduduk Kelantan yang telah melewati usia 21 tahun dan layak mengundi.


"Jumlah itu boleh dikatakan agak tinggi berbanding negeri-negeri lain. Entah di mana silapnya, pelbagai cara telah dilakukan termasuk melantik agen dari wakil parti politik," katanya kepada Bernama di sini hari Khamis.


Beliau berkata keadaan itu mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa rakyat selain suka mendaftar pada saat-saat akhir ketika pilihan raya semakin dekat.


Bagi menggalakkan golongan itu mendaftar, Ab. Rahim berkata pihaknya kini membuka kaunter bergerak di pasar raya seluruh Kelantan.


"Pembukaan kaunter itu lebih menyenangkan kerana orang ramai tidak lagi perlu pergi ke pejabat pos atau pejabat tanah jajahan semata-mata untuk mendaftar sebaliknya sebelum atau selepas membeli belah, mereka boleh mendaftar di kaunter yang dibuka," katanya.

-- BERNAMA

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...