Yang paling panas bila Tok Guru 'terpaksa' membatalkan untuk mengerjakan haji bila dihalang oleh "Quraish Malaysia". Lepas tu pulak kecoh dengan isu menantu Tok Guru yang jadi CEO PMBK yang 'dinasihatkan' supaya meletak jawatan.
Memang aku tak nafikan kemungkinan ada kebenaran, semua 'serangan' ni hasil perancangan Taskforce 2010, mungkin memang betul mainan Kolonel Mat macam yang Tok Guru pernah kata. Tapi yang nyatanya, yang bagi hangat lagi semua isu tu tak lain melainkan orang Pas sendiri.
Yang terbaru isu 'pemecatan dua orang 'pembantu ayahanda' kepada Tok Guru, Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan. Pada aku isu ni cukup 'hangat' bila keluar kalimah "Blogger Celaka" dari mulut Tok Guru sendiri. Mungkin celaan tahap tertinggi dari orang yang berstatus 'Tok Guru'.
Yang pastinya aku yakin 'blogger celaka' tu adalah dari kalangan Pas ataupun sekurang-kurangnya penyokong kuat Pas.
Kebanyakkan laporan akhbar lebih mensasarkan 'blogger celaka' tu kepada Penarikbeca. Ada yang memasukkan jugak blog Jiwo Kelate dan Perakkite dalam senarai tu.
Setakat yang aku kenal, ketiga-tiga bloggers tu memang 'hardcore' Pas. Tak la kenal rapat tapi sekurang²nya pernah sembang panjang, cukup panjang untuk aku menilai depa² tu macamana.
Aku penuh yakin apa yang depa² tu tulis dalam blog depa takda lain melainkan semata-mata nak bagi elok Pas, nak bagi Pas lagi kuat dan takmau bagi Pas jadi teruk. Aku yakin depa tulis tu pasai depa sayangkan Pas.
Pada aku, depa hanya menggunakan hak depa sebagai ahli dan penyokong setia Pas. Lebih dari tu mungkin tulisan depa tu sebagai tanggungjawab depa untuk menyatakan yang apa yang depa yakin sebagai yang hak sebagai teguran kepada 'pemerintah'. Salahkah tindakan depa sehingga layak di cela sebagai celaka.
"Celaka semua sekali ini, blog celaka, blog celaka...saya kata sekali lagi celaka blog macam ini."Mungkinkah itu persepsi yang dihidangkan kepada Tok Guru oleh "pembantu baru ayahanda"?
Media Pengiklanan Baru