Sultan Kedah sokong penjenayah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 01, 2010

Sultan Kedah sokong penjenayah?


Kalau setakat untuk rekod polis saja lantak la depa nak gelar apa pun, aku tak peduli. Tapi kalau dah sampai tahap buat dalam bentuk pameran untuk orang ramai dengan bangganya depa nak pasak dalam minda pengunjung yang Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut dia sebagai pengganas, ni dah kira status 'main kasar' dah ni.


Masalahnya, pusara Ust brahim Libya dan 13 orang pengikut dia yang dikebumikan tanpa dimandikan dan dikafankan turut diziarahi oleh Sultan Kedah. Bukan setakat ziarah, tapi dikatakan Sultan Kedah juga menjirus air mawar di pusara tersebut. Maksudnya, Sultak Kedah sendiri secara tak langsung mengiktiraf Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai SYAHID.

Kalau pihak polis begitu berterus terang, terus menerus mengganggap Ust Ibrahim Libya sebagai ketua penjenayah, maka aku rasa tak salah la kut kalau ada yang kata Sultan Kedah bersubahat dengan ketua penjenayah, sampai sanggup mencemar duli menjirus air mawar ke pusara tu. alau tak bersubahat pun sekurangnya kita boleh kata Sultan Kedah sokong penjenayah.

Tengok-tengok esok-esok ada pulak keluar banner

SULTAN KEDAH BERSEKONGKOL DENGAN PENJENAYAH


Boleh macam tu??

Berkaitan
  1. Pemuda PAS: Muzium Polis tak wajar label Ibrahim Libya ‘penjenayah’
  2. Memali: Muzium PDRM Hina Sultan Kedah? -Dr Hj Mohd Hasyim.
Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...