Along bunuh Along? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 01, 2010

Along bunuh Along?

Sebelum² ni kita dok dengar cerita Along yang bermaharaja lela. Macam-macam yang depa buat kat orang yang tak boleh bayar hutang dan bunga pinjaman dari Along.

Yang paling gempar bila tersiar gambar dalam suratkhabar, peminjam yang gagal bayar dilayan lebih teruk dari binatang. Dirantai di tengkuk macam anjing.

Jika sebelum ini ceti haram atau ah long menyimbah cat merah di rumah peminjam sebagai ugutan, yang terbaru di Bukit Mertajam Along dah 'ada kemajuan'. Geng di sana guna strategi melepaskan beberapa das tembakan ke rumah mangsa untuk mengugut.

Hari ni mungkin yang paling gempar.
Seorang lelaki dipercayai ceti haram atau along, meninggal dunia kira-kira lapan jam selepas ditembak di kepalanya di kawasan pangsapuri di Jalan Edgecome di sini, semalam.

Chong Chee Chiat, 25, ditembak seorang lelaki kira-kira jam 6 pagi ketika memandu kereta Suzuki Swift apabila memasuki pekarangan pangsapuri itu dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), jam 2.50 petang.

Difahamkan, mangsa adalah seorang along dan dipercayai mengenali suspek.  - BHarian
Kalau betui la macam andaian aku yang pak long yang bunuh  ah-long ni, maksud aku orang yang pinjam dari Along tu yang bunuh Along tu, memang satu 'perkembangan' menarik.

Mungkin lepas ni samseng² Along tak berapa nak berani lagi nak berlagak samseng tak ketahuan punca, pasainya silap haribulan nasib depa pun boleh jadi macam Along yang malang tu.


Tapi aku rasa yang bunuh Along tu mungkin Along jugak kut. Mungkin Along yang bunuh tu punjam duit kat Along yang kena bunuh tu pasai tak cukup duit nak bagi pinjam kat orag lain. Sekali semua yang pinjam kat dia lari dari bayar hutang.

Sekali masa dia tengah bengang gila pasai baru ja mengamuk lepaskan tembakan rambang kat rumah sorang peminjam yang tak bayar hutang, Along yang kena bunuh tu telefon dia, ugut dia. Nak jadi cerita, terserampak kat satu simpang. Hati sudah mendidih, pistol di tangan pulak dah dah lama tak rasa darah. Tu yang dia terus ikut sampai depan pangsapuri tu. Bila dapat angle terus Along tu tembak Along tu.

Menarik jugak kalau jadi skrip untuk drama Gerak Khas.


Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...