Tiada lain yang layak bagiku melainkan neraka jahannam. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 13, 2009

Tiada lain yang layak bagiku melainkan neraka jahannam.

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat." [malaysiakini]

Itu rupa bunyi 'bai'ah standard' yang biasa calon Pas guna untuk berbaiah sebelum diiktiraf sebagai calon Pas. Hj Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas bagitau masa sidang media pagi tadi, namanya Bai'ah Laknat. 

Dia jugak bagitau
walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS. [malaysiakini]
Kesimpulannya 'bai'ah talak 3' tu memang ujud tapi bukannya 'bai'ah standard' untuk semua calon Pas pilihanraya ke12 lepas. Mungkin ada yang 'memandai-mandai' tambah untuk bagi lagi 'power'.

Kalau tak silap aku masa PRU10 tahun 1999 bai'ah yang Pas Parit Buntar guna antara lain bunyinya lebih kurang
"..jika aku khianati perjuangan ini, tiada lain yang layak bagiku melainkan neraka jahannam."
Allahyarham Roslan di Majlis Bai`ah dan penyampaian Watikah Calun PAS Pas. [parlimen059]
Betui ka dak bai'ah tu bunyi macam tu aku taktau pasai aku takdak ditempat kejadian, cumanya member yang ada kat situ yang bagitau kat aku. Yang aku cukup ingat sampai hari ni, calon Pas untuk kerusi Kuala Kurau masa tu, demam lepas penamaan calon.

Maunya tak demam member tu, kan ka masa tu riuh seluruh negara yang kerusi Kuala Kurau bertanding 3 penjuru dan dia disuruh tarik diri dari jadi calon Pas sedangkan kalau tak semua pun hampir semua jentera masa tu sangat-sangat tak bersetuju.

Nasib baik, Presiden Pas masa tu, Allahyarham Ust Fadzil bagi arahan terus kepada ketua bilik gerakan suruh tarik diri. Ketua bilik gerakan tu cerita, dia memang terkedu masa bercakap dalam telefon tu dan terus wala' dengan arahan tu. Dia kata "memang lain macam aura Ust Fadzil."

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...