Walau bagaimanapun, Tay menganggap Hadi bukannya jahat, cuma Hadi lebih sebagai ulamak daripada seorang pemimpin politik. "Beliau mengurung dirinya dalam suasana politik yang lama, bermundar-mandir antara ideologi keagamaan dan kemelayuan yang konservatif, dan gagal mengatasinya... Sehingga tsunami politik gagal melambungkannya ke puncak, lebih-lebih lagi, beliau dipengaruhi orang di sisinya yang membataskan perspektifnya."
Tay menyimpul, "(Gelaran) 'Pak Lah versi PAS' amatlah sesuai untuknya (Hadi). Persoalannya, lawan PAS kini bukan lagi Pak lah, tetapi Najib yang lebih cerdik".
Sementara itu, Lidah Pengarang Sinchew Daily pada 9 November yang bertajukkan "PAS perlu menghadapi realiti politik", menulis "...melihat kepada iklim politik selepas PRU Mac tahun lalu, PAS tidak ada lagi pilihan. Seandainya PAS ingin melakukan sesuatu dalam gelanggang politik Malaysia, maka ia perlu mengambil pendirian Islam yang sederhana, mengubal dasar yang lebih memperlihatkan keterbukaan. Amalan Islam Fundamentalist tidak menguntungkan PAS."
Malah, lidah pengarang ini menyimpulkan bahawa PAS, bahkan PR perlu berhenti mengungkit isu yang sensitif dan emosi, menghormati kemajmukan, mempertingkatkan kemampuan pentadbiran, bersaing secara sihat dengan BN untuk memanfaatkan rakyat.

Nanyang Siang Pau
Walau bagaimanapun, Nanyang Siang Pau mengikuti perkembangan isu ini pada 9 November dengan satu temuramah bersama Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang mendakwa "tiada lagi rundingan antara PAS dengan UMNO", dan hubungan pemimpin PAS kini semakin rapat.
Dalam satu analisa berjudul "Dua aliran dijangka membuka gelanggang baru" yang disiarkan pada muka surat A10, menganggap "pendamaian" ini hanya bersifat sementara, dan kedua-dua aliran ini dijangka bakal membuka gelanggang baru.
"Pertentangan antara dua aliran ini wujud dari segi idealisme mentadbir negara dan pengagihan kuasa dalam parti. Punca yang menjurus kepada keretakan ini adalah 'rundingan antara PAS-UMNO'." [+-sepenuhnya di BuletinOnline]
Media Pengiklanan Baru