Seminar Pemerkasaan PAS - Harapan lebur... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 09, 2009

Seminar Pemerkasaan PAS - Harapan lebur...

Aku sangat setuju macam yang Ust Zul tulis dalam blog dia Bongkar Sauh. Kalau itu pemerhatian dia dengan seminar tu, aku pun tumpang keciwa. Aku memang tak pi seminar tu. Memang teringin nak pi tapi aku memang tak termasuk dalam kalangan lebih 1000 orang ahli seminar tu.

Sumber image : UtaraOnline
Kalaupun cadangan aku untuk lebih dibuka peserta tu macam yang aku tulis kat entry aku sebelum ni pun mana aku tetap tak termasuk. Jadinya aku terpaksa berpuas hati dengan apa yang aku boleh baca online.
Apa yang saya maksudkan dengan penegasan meyakinkan ialah penegasan dalam bentuk tindakan seperti pecat, gugur, amaran dan sempamanya. Penegasan yang boleh menimbulkan kewaspadaan dan kegerunan kepada mana-mana pemimpin atau ahli yang ‘menyiram, membaja atau mengairi’ kembali isu yang menjadi agenda seminar itu.

Saya ingin mendengar penegasan itu dalam ucapan penutup Presiden, tetapi saya pulang dengan hampa. [bongkarsauh]
Aku tak la mengharap sampai ada yang dipecat macam yang Ust Zul tulis tu, pasainya kalau untuk memecat, Muktamar Khas lebih sesuai berbanding seminar. Tapi sekurang-kurangnya satu pendirian yang cukup keras pun dah memadai.


Walaupun aku tak pernah suka Anwar Ibrahim, malah ada ketikanya aku cukup meluat dengan Anwar, sampai ada satu ketika dulu aku guna istilah 'orang tu' masa tulis dalam blog aku ni. Tapi aku terpaksa terima hakikat macam yang Dr. Aziz Bari kata, Anwar Ibrahim memang sorang pemimpin dalam kelas dia tersendiri.

Aku rasa ramai yang boleh rasa sedap hati kalau TG Hj Hadi Awang boleh keluarkan statement macam kat bawah ni masa Ucapan Penggulungan. Bukan la mesti 'sebijik' macam tu, tapi maksud aku tegas macam tu.
Tinggalkan PKR jika tidak mahu ikut dasar parti, kata Anwar

Pulau Pinang : Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi dua pilihan kepada pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.
Penasihat PKR itu berkata beliau sedia menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan anggota yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan parti.
"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam semalam.
Katanya, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.
"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya [mStar]
Salahkah aku kalau aku rasa keciwa? Apapun, Seminar dah pun selesai. Resolusi dah pun dikeluarkan. Jadinya aku harapkan resolusi  tu tak tinggal sekadar resolusi di atas kertas. Aku harap segala syor dan penegasan dalam seminar tu diterjemahkan kepada bentuk perancangan, gerakerja dan pemantauan yang teliti yang natijah akhir akan dapat dilihat dengan keputusan yang gemilang kepasa Pas masa PRU13 nanti.


Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...