Seminar nak bincang ka nak terang halatuju?? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 30, 2009

Seminar nak bincang ka nak terang halatuju??

Aku kurang faham, apa sebenarnya objektif seminar tu dibuat. Kalau untuk menggantikan EGM sekurang-kurangnya kena la ada sikit bersangkutan dengan tujuan EGM tu dicadangkan.

Walaupun memang aku faham seminar tu takdak kuasa macam EGM tapi seminar biasanya akan ada resolusi diakhirnya, yang boleh parti guna sebagai panduan.


Aku tak pasti macamana boleh timbui objektif macam kat bawah ni
PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur. [harakahdaily]

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengadakan Mesyuarat Khas semalam (28 Oktober 2009) memutuskan untuk mengantikan Program Taklimat Isu-isu Penerangan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat sebelum ini kepada Seminar Khas bagi menerangkan isu-isu dan strategi semasa parti. [IdrisAhmad]
Sebabnya masa sidang media Presiden Pas menyebutkan
Satu seminar politik akan diadakan pada 7 haribulan November ini, yang akan dihadiri oleh perwakilan dari seluruh negara, yang akan membincangkan isu-isu yang berkait dan isu yang nak, bagi memberkasakan Pas dalam menghadapi cabaran yang akan datang. [TG Hj Hadi]

Kalau okjektifnya takat nak bagi "Taklimat Isu-isu Penerangan" memang sesuai la dengan peserta yang disenaraikan dalam blog Ust Idris Ahmad tu. (Senarai tu ada dalam posting aku sebelum ni kat sini.) 

Kalau tujuan seminar tu untuk bincang halatuju parti macam yang harakahdaily tulis, ataupun untuk membincangkan isu-isu yang berkait macam yang Tg Hj Hadi sebut, aku rasa senarai tu tak berapa nak sesuai.

Pada aku kalau nak bincang pasai halatuju atau nak bincangkan isu-isu yang berkait, patutnya kena jemput perwakilan yang sama masa muktamar ataupun lagi elok kalau panggil semua ahli Dewan Harian Kawasan.

Kalaupun takmau jemput semua yang ada dalam Dewan Harian Kawasan pun, pada aku tak sepatutnya tak dilibatkan pemuda dan muslimat. Sepatutnya Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat pun dijemput sama. Atau pun mungkin input dari pemuda dan muslimat kawasan-kawasan tak penting untuk membincangkan halatuju parti ataupun nak bincangkan isu-isu yang berkait, untuk memperkasakan parti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...