Anwar dipecat dan gerakan refomasi bermula.
Diringkaskan, Anwar ditahan dan diperlakukan dengan pelbagai siri kezaliamn polis sewaktu ditahan polis sehinggalah diheret ke mahkamah dan dipenjarakan.
Setiap hari ketika itu GB terpaksa mengikutinya dengan mengulas dan melaporkan hal tersebut sehinggalah Laman Refomasi Mahazalim mendapat hits tertinggi di dunia ketika itu... dengan 2 juta pengunjung setiap malam, dikunjungi terutama oleh rakyat Malaysia yang dahagakan berita alternatif, mengalahkan lamanweb-lamanweb lucah yang menjadi lamanweb popular di dunia waktu itu.
Berkerja sendirian setiap malam berbulan-bulan lamanya. Tugas penyebaran maklumat alternatif kemudian dibantu oleh pendatang-pendatang baru alam siber dengan portal-portal mereka, Mahafiraun, Marhaen, Mindarakyat dan lain-lain. Pada waktu itu tak timbul soal plagiat dan ciplak. Do whatever to distribute information as many and as fast as possible. Tujuan utama di alam siber, sebarkan maklumat sebanyak dan secepat yang mungkin sebelum minda masyarakat diracuni oleh media massa arus perdana.
GB terpaksa ke Kuala Lumpur beberapa kali mengikuti siri jelajah ceramah-ceramah Anwar untuk mendapatkan berita dan sentiasa diburu ketakutan kerana "Mahazalim" sentiasa menjadi buruan....
Banyak ketika GB terpaksa bermalam di dalam kereta usang GB waktu itu di Hentian Sebelah atau R&R berhari-hari kerana khuatir untuk pulang ke rumah. Pada waktu itu tiada hanfon, tiada streamyx, tiada boradband dan sebuah laptop termurah berharga RM6,000 - di luar kemampuan GB untuk memilikinya.
Untuk mengemaskinikan berita terpaksa meminjam talian telefon di rumah saudara-mara untuk dipasangkan kepada komputer 486 ketik itu.. dengan hard-disk cuma berkapasiti 20MB. Terpaksa ditambah berkali-kali. Kos 20 MB hard-disk ketika itu RM400 sebjji.
Tak perlu dikisahkan pahit maungnya perjalanan menjadi pejuang siber waktu itu dengan belantan terkena di kepala sewaktu melarikan diri dari hambatan FRU, semburan asid kimia, dn kamera yang telah berkali-kali ditukar kerana dirampas atau tercampak sewaktu menyelamatkan diri. (Kamera belum digital waktu itu!) Kos kamera dan filem juga wang untuk mencuci file perlu sentiasa ada setidak-tidaknya RM200-RM300.
GB tidak berkemampuan untuk menanggung segala kos.... dengan pekerjaan seorang ..., berapalah pendapatan GB waktu itu...
Tapi tugas dah dimulakan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Alang-alang seluk pekasam biar sampai lengan.
Tetapi dalam 1998 - apabila GB terpaksa akur dengan sunnatullah, bahawa kita ini di alam syahadah bukan alam batin, GB jatuh sakit. Tubuh zahir memerlukan penjagaan. Bertemankan seorang isteri setia dan ibu yang pengasih GB harungi juga melakukan tugas dengan setiap malam. Bahawa Perdana Menteri itu mesti ditentang habis-habisan. Bahawa kezaliman polis perlu dihentikan. Bahawa laporan media massa perlu dijawab dan dikembalikan dengan kebenaran, bahawa institusi kehakiman perlu diletakkan di tempatnya yang lebih wajar. [baca sepenhnya di Greenboc]
Media Pengiklanan Baru