Pendaftaran Pakatan Rakyat - bila Pas setuju? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 05, 2009

Pendaftaran Pakatan Rakyat - bila Pas setuju?

Sumber Image : kerangngeleber
Aku rasa aku tak terlepas pandang berkenaan isu ni. Setau aku Pas tak pernah buat keputusan muktamat bersetuju bersama Pakatan Rakyat sebagai salah satu parti yang berdaftar.

Aku bersetuju atau tak bukan masalah kat sini. Masalahnya Pas belum buat keputusan muktamat. Memang betui kalau tengok situasi semasa sebagai politik yang nak lawan Umno BN, memang sepatutnya Pakatan Rakyat berdaftar sebagai satu gabungan yang sah dari segi undang-undang.

Aku rasa pun memang tu majoriti rakyat Malaysia yang tak suka Umno BN nak, tarutama sekali orang yang tak berparti. Tapi wakil Pas dalam sekreteriat tu tak boleh sewenang-wenangnya buat pengakuan bagi pihak semua ahli Pas.

Aku tak ingat secara tepat tapi aku yakin sangat antara isi utama Muktmat Pas di Ipoh tahun lepas, aku yakin ada semacam keputusan yang konsep tahalus syiasi semasa diterima sebulat suara untuk diteruskan tapi kalau perlu kepada perubahan, PERLU MENDAPAT MANDAT MUKTAMAR.

Bab ni aku rasa sangat penting. Tak kira la walau macammana pun pentingnya dan macamana perlunya benda ni dibuat segera pun, mandat dari Muktamar SANGAT PERLU untuk mengelak ada pertikaian di masa depan.

Biar ahli Pas sendiri secara berjamaah yang buat keputusan bukan sekadar keputusan pimpinan.Jadinya apa pun pada aku memang kena panggil jugak Muktamar Khas atau  EGM.
Pendaftaran Pakatan Rakyat Petanda Evolusi Politik Tanah Air

Tindakan Pakatan Rakyat memohon secara rasmi untuk mendaftar sebagai sebuah parti mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak.

Malah menurut pengamal perundangan, Profesor Aziz Bari, sudah sampai masanya kematangan Pakatan diterjemahkan melalui cara ini.

" Dalam rangka kita hendak mewujudkan sistem dua parti daripada perspektif rakyat, ini benda yang tidak dapat tidak atau pun mesti dilakukan kerana ini adalah kesempatan terbaik dalam tempoh lebih 50 tahun negara merdeka".

Ujarnya tindakan Pakatan Rakyat itu juga memudahkan rakyat untuk membuat dua pilihan yang jelas.

" Bersedia atau tidak, saya tidak rasa ia bukanlah perkara yang terlalu penting, yang penting sudah ada dan sudah nampak potensinya. Apa yang menjadi masalah saya rasa halangan dan sekatan" tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Aziz berpendapat tindakan Pendaftar Pertubuhan dilihat sebagai terpaksa kerana desakan rakyat yang memerlukan perubahan dalam sistem pentadbiran negara.

" Saya merasakan pendaftar pertubuhan itu sendiri semacam terpaksa dan kalau kita bercakap dari sudut perundangan, ini hak rakyat dan bukan kuasa mereka. Jadi tidak perlu berterima kasih kepada pendaftar kerana ini bukan bersifat ihsan, ini memang sesuatu yang memang hak rakyat".

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Keadilan, PAS dan DAP.

Pendaftaran sebagai sebuah entiti politik akan membolehkan Pakatan Rakyat mengatasi pelbagai kekangan Suruhanjaya Pilihanraya dan juga permasalahan kecil yang melibatkan ikatan rasmi ketiga-tiga parti itu [TVSelangor]

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...