BPR diberi 25 jam sehari siasat Kerajaan Kelantan - Nik Aziz | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 06, 2009

BPR diberi 25 jam sehari siasat Kerajaan Kelantan - Nik Aziz

DIA ADALAH ULAMA, MALAH PEMIKIR ISLAM YANG HEBAT Sumber image : Al-Bakistani
Mungkn ramai yang ingat statement tu. Statement tu bukan baru dia keluar, kalau ikut laporan mStar pada Rabu November 28, 2007 yang memetik berita dari Bernama, statement tu TG Nik Aziz dah sebut sebelum tu lagi.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi keterbukaan kerajaan negeri untuk sebarang siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan di negeri itu.
Beliau berkata kerajaan negeri menjanjikan kerjasama sewajarnya kepada BPR dalam menyiasat apa sahaja yang berlaku di negeri itu.
"Saya sudah kata sebelum ini, saya beri peluang 25 jam sehari kepada BPR untuk menyiasat kerajaan negeri. Ini (contoh) keterbukaan kami.
"Ia juga sebagai cara mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan (negeri) supaya lebih berhati-hati," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian cawangan Bank Al-Rajhi di sini, hari ini. [mStar]
 Macam tu sekali terbukanya cara TG Nik Aziz perintah kelantan. Bukan saja nak bersih tapi juga nak dilihat bersih. Kalau rasa ada yang tak bersih, BRP boleh siasat bila-bila masa pun.

Semalam BPR dengan nama baru SPRM sekali lagi menyerbu pejabat Perbadanan Meneri Besar Kelantan. Biar depa siasat betui-betui. Di pihak TG Nik Azz aku yakin dia takdak apa nak disorok. Kalau betui ada yang buat tuntutan palsu atau seleweng duit, dakwa saja di mahkamah.
Sekurang-kurangnya enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dekat Jalan Kuala Krai, di sini, pagi semalam.

Serbuan itu bermula dengan kehadiran dua pegawai SPRM dari Putrajaya dan Kota Bharu, kira-kira jam 11.30 pagi untuk bertemu seorang pegawai kanan di perbadanan terbabit.[BHarian]
Cumanya aku harap berita tu bukan jadi punca kesihatan TG Nik Aziz terjejas. Malam semalam tersebar khabar angin kata TG Nik Aziz dimasukkan ke IJN. Setakat pagi ni aku belum baca kenyataan rasmi berkenaan perkara tu. Cuma ada beberapa blog yang 'mengesahkan' yang TG Nik Aziz memang masuk IJN tapi cuma sebab demam.
TGNA hanya demam biasa sahaja....
Kebetulan beliau berada di Kuala Lumpur, lantas singgah di IJN untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun sama-sama kita berdoa supaya TGNA diberikan kesihatan tubuh wal 'afiat [Perisik Rakyat]
Moga-moga TG Nik Aziz cepat sembuh. Aku harap takdak ahli Pas yang tersenyum dengar berita TG Nik Aziz masuk IJN.

Berita Berkaitan
  1. BPR diberi 25 jam sehari siasat Kerajaan Kelantan - Nik Aziz

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...