Raja Petra dilepas tuduhan menghasut kes Najib Altantuya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 12, 2009

Raja Petra dilepas tuduhan menghasut kes Najib Altantuya

image : Malaysia-today.net
Raja Perta akhirnya hari ni dibebasan dari pertuduhan. Dia sebelum ni dituduh menghasut di laman web Malaysian Today.

Kalau ikut laporan tu, dia 'dibebaskan tanpa dilepaskan' pasai polis tak dapat cari dia.
Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung. [bernama]
Aku yakin Raja Perta bukan penakut, dia bukan takut nak pi mahkamah nak hadap kes tu. Memang kalau tak silap aku sebelum-sebelum ni dia pernah cabar supaya dia didakwa di mahkamah, dan dia kata dia akan dedahkan semuanya berkenaan les Altantuya di mahkamah.

Tapi aku rasa dia ambik keputusan untuk tak hadir kemahkamah pasai mungkin dia yakin mahkamah tak boleh jamin 'keselamatan' dia.. Kalau dia percaya yang Altantuya memang diletupkan untuk 'tutup kes' mungkin dia yakn dia pun akan 'dilayan' macam tu untuk 'tutup kes'. Mungkin jugak dia tak lagi percaya kepada Mahkamah Malaysia

Jadinya dia menyorok untuk menjamin 'keselamatan' diri dia, supaya dia boleh bagi maklumat yang dia dapat berkenaan kes Altantuya untuk semua rakyat Malaysa sendiri tengok tanpa 'campur tangan' dari pihak polis dan mahkamah.

Dia dah pun mula dedahkan sikit demi sedikit.

Yang terbaru dia bagi maklumat yang 'Carpetman'.
Remember the Carpetman cum Bagman cum Toyboy story?
Terjemahan bahasa melayu oleh PerakExpress boleh dibaca di sini




Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...