Aku baru membaca dan meneliti tulisan Ustaz Idris Ahmad mengenai sanggahan terhadap Prof. Dr. Abd Aziz Bari yang menuduh Tuan Guru Hj Abd hadi Awang pro-UMNO. Setelah membaca dan meneliti tulisan itu, bagi pandangan aku tulisan Ustaz Idris Ahmad adalah ibarat penampar sahaja, dibandingkan dengan penendang yang dilepas kepada muka Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang oleh Dr. Abd Aziz Bari
Aku adalah seorang manusia kerdil yang didik oleh Tuan Guru sejak dari bangku sekolah hinggalah sekarang. Beliau telah mendidik aku mengenali perjuangan Islam yang benar bukan sahaja melalui teori (buku, kuliah, ceramah, tamrin, kolokium, kertas kerja, usrah, muqayyam) tetapi secara lisanul hal (tingkah laku dan perbuatan beliau ketika didepan ramai dan ketika bersendirian) dalam segala aspek kehidupan untuk menjadi seorang mukmin yang akan berjaya di dunia dan diakhirat.
Adalah pelik, jika seorang yang merasakan bahawa dia telah dididik dan diasuh dengan penuh keikhlasan (terasa dan tersentuh keikhlasannya dalam hidupku), tiba-tiba beliau dituduh dengan satu tuduhan yang cukup hina oleh Dr. Abd Aziz Bari yang boleh diibaratkan melepas penendang kemuka Tuan Guru Hj Abd hadi Awang, tiba-tiba tidak ada seorangpun anak buah beliau yang berani untuk tampil dan melepaskan penendang kembali kepada Dr. Abd Aziz Bari atau sekurang-kurangnnya melepas penampar.
Menuduh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang pro UMNO yang korup dan dajal adalah satu perkara yang cukup besar impacknya!. Suatu impack yang besar biasanya tindakan pantulan akan berlaku dengan lebih cepat dan kuat.
Oleh itu aku mengucapkan tahniah kepada Ustaz Hj Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, kerana telah menjelaskan kedudukan yang sebenarnya dan menyanggah kembali tuduhan Dr. Abd Aziz Bari, walaupun bagi aku sanggahan Ustaz Idris hanyalah ibarat membalas penendang dengan penampaq. [baca selanjutnya di sini]