Bila si bangang bercakap bagi pihak PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 22, 2009

Bila si bangang bercakap bagi pihak PAS

Penarik BecaMerujuk kepada entry aku kat sini. Aku sebenarnya masa tu memang tak terfikir langsung jawapan macam tu boleh keluar,, tak reti aku nak komen macamana.


Tapi bila aku baca komen yang Penarikbeca buat kat dalam blog dia, aku sangat-sangat setuju, tepat dan sesuai dengan aku. Daripada aku teruk-teruk karang ayat, lagi elok aku copy ja apa yang Bakar tulis.

Saya tidak tahu siapa yang memberikan kenyataan kepada Malaysiakini. Tetapi, saya berharap para pemimpin PAS buat homework dulu sebelum bercakap dengan wartawan. Jangan bercakap merapu macam si bangang yang kehilangan separuh dari akalnya.

Tetapi, jika yang memberikan kenyataan kepada Malaysiakini itu memang bangang, berhentilah jadi pemimpin PAS. Saya dah tak larat nak habaq dah, orang bangang tak layak sama sekali jadi pemimpin.

Dalam berita Malaysiakini semalam yang bertajuk "PAS tidak sepakat isu bukan Islam," antara lain dinyatakan:
Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.
Sejak bila pula satu dewan boleh mengubah dasar parti? Pergi baca Perlembagaan PAS la!

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, si bangang itu sendiri dan wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri yang tahu siapakah si bangang yang membuat kenyataan itu.

Berkaitan:
KPP akan temui pimpinan PAS (Malaysiakini 21/10/09) [link]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...