Dia dituduh atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007, GIGIT ANGGOTA POLIS tu. Jangan main-main dengan mamat kurus ni, nampak ja kurus tapi gigit orang pun beranim. Bukan takat gigit orang biasa tapi gigit pegawai polis pulak tu.
Betui ka dak dia gigit aku taktau. Kalau betui pun mungkin dia tak sengaja, tergigit. Kawan tengah mengelepiaq nak pelepas diri,macam-macam boleh terjadi.
Ataupun mungkin jugak polis tu saja-saja letak tangan kat dalam mulut Tian Chua lepas tu dakwa kata dia kena gigit. Kalau betui ada polis Malaysia yang sampai buat macam tu pun aku percaya. Pasainya polis Malaysia ni bukan semua pandai-pandai, ada jugak yang bangang. Selain dari yang bangang lagi ramai yang jenis kaki songlap rasuah, janis makan rasuah ni bukan kira sangat, rasuah 2 ringgit pun ada yang sapu.
Berbalik kepada cerita Tian Chua tadi, mahkamah akan jatuhkan hukuman selepas berhenti rehat.
Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal. [link]
Updated:
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis, dua tahun lalu.
Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000. [link]
Jadinya???
Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan.
Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberikan masa selama 14 untuk berbuat demikian.
Kesimpulannya?
TUNGGU JE LAH, tah bila nak habih semua tahap mahkamah, lepas satu, satu. Ditambah pulak dengan macam-macam karenah orang-orang law, kerap pulak tangguh, tangguh pasai sakit la, tangguh pasai nenek nak kawin la, tangguh pasai kucing nak beranak laa.. macamkes MEMALI, dah berpuluh tahun tak selesai-selesai jugak.
Hangpa ingat Umno BN berani sangat nak PRK kat Parlimen Batu? Kat Bagan Pinang boleh laa berlagak!!