Umno takut p'raya 2 DUN di N Sembilan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 19, 2009

Umno takut p'raya 2 DUN di N Sembilan?

Selepas banyak blog dah tulis pasai kemungkinan PRK di Johol dan Lenggeng akhirnya Umno terpaksa jugak ulas. Macam biasa la. depa takkan nak mengaku.
Umno Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus di internet bahawa ADUN Johol dan Lenggeng akan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil.

ADUN Johol Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan berbuat demikian akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut "tidak benar" dan "ia diada-adakan". [link]
Yang aku tak fahamnya macamacama Umno boleh jawab bagi pihak SPR. Kalau ikut maklumat kat sini dah 2 kali ADUN Johol yang "sedang bersabung nyawa" tu hantar surat letak jawatan kepada SPR. Aku tak pernah jumpak langsung SPR ulas pasai surat ni. Cuma ikut sumber tu Cikgu Bard kata SPR tolak surat perletakan jawatan tu.

Kalau betui macam yang Cekgu Bard kata, apa hak SPR nak tolak surat tu. Sefaham aku tugas SPR cuma mngendalikan pilihanraya saja. Lagi satu aku tak faham pasai apa ADUN tu hantar surak kepada SPR. Patutnya surat tu dihantar kepada speaker. Tapi mungkin jugak dia dah hantar kepada speaker tapi pasai speaker tu memang orang Umno dah tentu la dia buat tak layan surat tu.

Lagi satu yang aku herannya, kalau betu ada surat tu takkan tak boleh dapat salinannya. Kalau agak-agak tak beran bagi la kat blogger macam aku. Kami bloggers 'media baru' langsung takdak masalah kalau takat nak 'sebarkan' surat tu.

Apa-apa pun, walaupun Umno nafi berita tu sungguh-sungguh. Aku harap PAS Negeri Sembilan kena mula buat kerja.  Dah kena mula turun tanya khabar berita rakyat marhaen di Johol dan Lenggeng. Pimpinan PR pun kena mula turun sana.

Jangan sampai jadi macam yang jadi kat Bangan Pinang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...