Video Sidang Parlimen 19 Oktober 2009 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 19, 2009

Video Sidang Parlimen 19 Oktober 2009

Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga (Bajet), Penggal Kedua, Dewan Rakyat ke 12 akan bermula pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009.
Sesi Dewan Rakyat biasanya akan dimulakan dengan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan mula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dan diikuti dengan perbahasan Rang Undang (11.30 pagi hingga 1.00 tengahari disambung 2.30 petang hingga 5.30 petang) yang akan dibentangkan oleh Pihak Kerajaan.

Pada sesi ini juga Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2010 yang dijadualkan pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) mulai jam 4.00 petang.
Aturcara mesyuarat boleh diikuti di TV MP PAS.
Difahamkan pihak sekretariat Ahli Parlimen PAS akan mengadakan siaran langsung melalui Laman LIVE TV MP PAS, sila klik.


Slogan 1Malaysia bermakna slogan Islam Hadhari, BCA terdahulu diketepikan ….


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mempersoalkan fungsi dasar-dasar terdahulu iaitu Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah serta Wawasan 2020 setelah gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.


“Setelah kerajaan memperkenalkan seruan baru 1malaysia adakah bermakna Islam hadhari, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan telah gagal membentuk pemikiran rakyat untuk hidup dalam suasana harmoni dan baik?” soalnya.

Beliau turut mempersoal mengenai penubuhan Institut Islam Hadhari (HADHARI), di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh kerajaan.

“Kerajaan telah menerima institut Islam Hadhari. Adakah bermakna dengan peruntukan begitu rupa,adakah ia akan menjadi kenangan setelah adanya 1 malaysia sebagai slogan?” soalnya lagi.

Beliau mengajukan soalan itu ketika bangun mencelah selepas Najib menjawab soalan asal Datuk Dr. Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai sejauh manakah penerimaan rakyat jelata ke atas seruan “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia-one people” dan jenis program-program yang difikirkan berkesan yang boleh dirangka bagi mencapai hasrat 1Malaysia.

Najib bagaimanapun berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

“Kita (kerajaan) anggap ini sebagai kesinambungan sebab ia satu perjalanan yang panjang dan lama.Tidak mungkin boleh sampai ke penghujung dalam masa satu penggal hatta empat, lima penggal pun.

“Insyaalah apabila kita melakukan seperti mana yang kita terangkan tadi gagasan 1Malaysia dan nilai-nilai yang mendasarinya yang juga menyokong kepada usaha kita untuk mencapai wawasan 2020,”katanya.


MP PKR Machang persoal Kementerian Kesihatan

Sesi Pertnyaan Jawab Lisan 19 Oktober 2009
Soalan tambahan Ahli Parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution

Soalan asal No. 3 – Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah usaha Kementerian dalam mengharungi isu kekurangan kakitangan perubatan di Malaysia termasuk pegawai perubatan, jururawat dan doktor pakar ; dan
(b) berapakah klinik kesihatan dan hospital di seluruh Negara khasnya negeri Sarawak yang mengalami kekurangan kakitangan perubatan. [19 Okt 2009]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...