Tunggu esok lepas Sidang Media Pas Pusat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 25, 2009

Tunggu esok lepas Sidang Media Pas Pusat

Sidang akhbar tersebut akan berlangsung di
Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di ibunegara pada jam 11 pagi esok.

Sidang media di bilik mesyuarat utama itu, akan di ketuai oleh Mustafa Ali.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata desakan Nik Aziz itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat parti itu "dalam tempoh terdekat ini." [link]
 Jadinya aku harap semua dapat bertenang, tunggu apa kenyataan rasmi sidang media esok. Lepas tu, kalau apa yang Cikgu Pa punya statement hangpa tak puas hati, hangpa belasah la balik.

"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi. [ibid]
Lagi satu malaysiakini jugak melaporkan
Harakahdaily juga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya.

Mereka ialah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub. [ibid]
Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat bincang keperluan muktamar khas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...