"Saya telah bertemu dengannya dan dengar dari mulut dia sendiri. Beliau telah meminta saya membawa amanah ini untuk disampaikan ke peringkat Pusat.Yang aku herannya, walaupun kenyataan dalam blog Tok Guru tu dibuat pada 22 Oktober, 3 hari lepas, Utusan hari ni melaporkan yang TG Hj Hadi dan Ust Haron Taib kata depa nak dengar sendiri dari mulut Tg Nik Aziz. Maksudnya depa tak jumpak lagi la.
"Saya tidak boleh dedahkan amanah ini buat masa ini. Saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan akan maklumkan kepada pimpinan tertinggi mungkin esok atau lusa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. [link]
Payah sangat ka nak bagi dengar dari mulut Tg Nik Aziz tu. Apa masalahnya kalau pi jumpa dia di Pulau Melaka, bukan jauh mana pun. Pulau Melaka tu bukannya kat London, kat Kelantan ja. Kalau berjalan kaki memang lama lama tapi kalau nak motokar, sekejap je dah sampai
Tambah-tambah pulak la ni zaman internet, zaman tanpa sempadan, zaman segalanya dihujung jari anda. Apa masalah sangat kalau takat nak dengar dari mulut sapa pun.
Kalau aku kata depa-depa tu ego, nanti ada pulak yang marah, tak puas hati dengan aku, aku pasai hentam pimpinan sendiri. Kalau ikut hati memang nak sangat aku maki.
Tolong la, tak tahan dah aku tengok rata blog depa dok belasah Pas teruk sangat, dok maki pimpinan Pas tak kira sapa. Jangan la biar depa maki terus terusan macam tu. Kurang-kurang pun bagi la sikit jawapan yang boleh bagi reda sikit keadaan. Jangan sampai orang macam aku pun ikut maki sama.
Contoh macam statement kat bawah ni, bukan nak bagi reda keadaan tapi bagi lagi kusut ada la, lagi serabut bila aku baca.
"Saya kenal dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan saya tidak fikir kenyataan itu ditulis sendiri oleh beliau... Ini kerana beliau mempunyai cara dan gaya penulisannya tersendiri iaitu turut melibatkan dalil dan ayat al-Quran. [link]Aku setuju sangat dengan apa yang Aris Awang tulis,
Kalau dulu kecaq masalah diberanda rumah, lepas itu kecaq masalah di kedai kopi dan sebagainya seperti perenggan di atas, maka sekarang sudah tentulah sedikit sebanyak masalah akan dikecaq diblog. Kita harus faham jika kita tidak menjawab, mengemukakan pandangan di dalam blog dan duduk senyap dik, tak ulas apa kerana kita jadi pimpinan kerana takut orang kata bodo dan sombong, sedang beribu blog lain telah menghandoh (menghentam) PAS bertalu-talu dari kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah. Oleh itu sebagai sebuah jamaah dakwah dan parti politik maka sebagai pimpinan PAS perlu mengeluarkan pandangan agar ahli yang ikhlas akan dapat meneliti pandangan yang diutarakan dengan penuh saksama. [link]Aku kesian kat kawan-kawan bloggers Pas lain, yang nampak begitu sungguh-sungguh tolong jawab, cuba nak bagi sejuk, cuba nak suruh orang lain berlapang dada. Tapi aku yakin depa tu pun dah serabut perut dan depa tu pun dah pening. Tolong la bagi kat depa tu 'peluru' yang elok sikit, yang berjenih sikit, baru depa boleh senang sikit nak tolong bela.