Walaupun takdak EGM tapi jangan susah hati... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 25, 2009

Walaupun takdak EGM tapi jangan susah hati...

Nampak gayanya macam yang aku andaikan sebelum ni, konfirm Muktamar Khas takkan diadakan, cukup sekadar menggantikannya dengan Mesyuarat Khas AJK Pas Pusat.

Rupa-rupanya itu rahsia yang dibisikkan Tok Guru kepada Salahuddin Ayub masa dia pi mengadap Tok Guru di Pulau Melaka Sabtu lepas.
Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya. [link]
Bagi bloggers yang mengharapkan sangat ada EGM, sorry, hangpa keciwa lagi kali ni. Tapinya aku bukan nak bagi pengharapan, tapi aku nak cerita firasat aku.

Firasat aku kuat mengatakan mesyuarat khas Ajk Pas Pusat tu nanti akan memberikan satu keputusan yang besar. Besar mana aku tak pasti tapi aku rasa cukup besar yang boleh sedikit menggembirakan orang-orang macam aku.

Jadinya aku nak sahut seruan member ni untuk aku sama menyertai kempen  "Berdoa Untuk Perubahan Pas."












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...