Pasainya depa-depa yang duduk dalam Kelab Penyokong tu pada aku sepatutnya ditanya pendapat dan pandangan depa. Sebaiknya kena buat dulu pertemuan dengan Kelab Penyokong sebelum apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan. Biar depa dengar dari mulut pucuk pimpinan sendiri.
Kalau keputusan dah dibuat dan ahli Kelab Penyokong hanya dengar keputusan tu dari mulut wartawan atau sekadar baca apa yang wartawan tulis, Memang la keputusan belum di buat, aku cuma sekadar nak peringatkan, kot-kot ada pimpinan yang terbaca blog 'cap ayam' aku ni.
Disebabkan 'keputusan rasmi' rasmi belum dibuat lagi, memang patutpun Hu Pang Chow sebagai pengerusi Kelab mintak nak jumpa pucuk pimpinan.
Memang patut pun kalau depa tak puas hati bila keluar dari mulut pimpinan Pas sendiri kenyataan macam kat bawah ni :
Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula dilaporkan berkata, jawatankuasa pusat PAS komited untuk menaikkan taraf KPP sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.
Menurut Nasrudin lagi, kepimpinan pusat masih menunggu draf cadangan daripada jawatankuasa teknikal untuk menjadikan KPP menjadi sebuah dewan. [link]