Depa beli minyak petrol ka minyak senyonyong | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 22, 2009

Depa beli minyak petrol ka minyak senyonyong

Aku ras depa silap klim tu, depa tu sebenarnya beli minyak senyonyong dari tok dukun kut. Kalau betui depa beli minyak petrol takkan harga sampai macam tu punya tinggi. Kalau minyak senyonyong atau minyak dagu memang aku percaya, mahai lagi dari tu pun aku percaya.

Jabatan Audit Negara jumpa bukti pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang beli minyak petrol sehingga RM300 seliter.

Lebih pelik lagi, semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian daripada pembekal kepada Pejabat SUK mendapati pembelian bahan api itu bagi tiga buah kenderaan berlaku pada jarak waktu yang amat singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama.

‘‘Adalah didapati pembelian minyak petrol oleh pejabat SUK pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter,” kata laporan itu lagi. [link]
Depa tu pun, kalau nak songlap pun agak-agak la. Jangan la sampai teruk macam tu sekali. Kalau la kes tu dibawak masuk mahkamah dan aku jadi hakim, bukan takat songlap depa tu aku hukum, tapi aku akan hukum lagi beras atas kesalahan 'menghina'.

Macamana aku tak kata menghina, depa buat kerja songlap tu macam depa anggap orang-orang yang kerja kat Jabatan Audit Negara tu semuanya bodoh piang.

Ataupun mungkn jugak depa anggap semua orang yang kerja kat Jabatan Audit Negara tu macam depa, kaki songlap.

Kalau macam tu punya cara depa kerja, memang tak heran la kalau ramai orang Umno baru pegang jawatan sikit ja dah jadi kaya raya sampai tak ingat dunia. Rupa-rupanya macam tu cara depa menaiga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...