Dari N31 Bagan pinang : Bandar Tentera Darat atau Bandar Lalat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 06, 2009

Dari N31 Bagan pinang : Bandar Tentera Darat atau Bandar Lalat

Apa kejadah sejak mula jejak bandar Port Dickson sampai le ke hujung jalan ke Pasir Panjang, Teluk Kemang tak sudah-sudah dengan LALAT. Duduk dihurung lalat, berdiri dihurung lalat, tidur dihurung lalat, makan dihurung lalat, dalam kereta ada lalat, angkat ketiak ada lalat, bukak baju nampak lalat ? hmm..itulah gambaran sebenarnya, diluar jangan kira, lalat di mana-mana. Sudahnya bukan setakat penduduk di DUN Bagan Pinang, seluruh Port Dickson dah pening mengalahkan lalat. Hey..Isa ! Ini isu dah makan bertahun-tahun !, orang BN dihurung lalat, orang PR pun dihurung lalat, bukan sedikit, bukan 1-2 ekor, kalau ditimbang dengan 'kati' UMNO entah berapa ribu 'kati' kita dapat di sini !! Memang hebat fenomena LALAT ! Betul-betul macam PALAT.

Kelmarin ketika menemubual seorang peniaga tempatan di bandar Port Dickson yang enggan namanya dipublishkan di blog, mendakwa beberapa pemilik hotel telah beberapa kali mencadangkan maskot terbaik bagi produk pelancongan Port Dickson adalah LALAT. Ketika ditemubual, gerai jajaan beliau terus-terusan dihurung lalat. Lalat di sana-sini !
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/siri-9-albanjari-n31-bandar-tentera.html


Selepas memenangi kerusi Parlimen 132 Telok Kemang, antara isu utama yang saya kemukakan di Dewan Rakyat adalah masalah asas tentang kebersihan. Tak jauh daripada DUN Bagan Pinang, ada sebuah pusat pelupusan sampah yang menjijikan. Tak ada teknologi moden. Tak lebih hanya mengharapkan aturan dan 'kekuatan' alam agar bukit sampah yang bertimbun di sana terhapus sendiri. Justeru itu, lalat merupakan masalah utama di seluruh pusat peranginan di sini. Masalah yang berlarutan lebih 15 tahun... masalah yang berpunca sejak zaman calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad menjadi menteri besar.

Berbuih mulut di Dewan Rakyat dan DUN membangkitkan isu ini, termasuk oleh tiga ADUN Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU-12 lalu di bawah Parlimen Telok Kemang. Jawapan yang diberikan berputar-putar. Pihak kerajaan negeri menunggu peruntukan kerajaan pusat. Pihak kerajaan pusat pula menunggu kelulusan tapak baru daripada kerajaan negeri. Sementara itu, lalat semakin membiak.
http://telokkemang.blogspot.com/2009/10/di-sambut-dengan-lalat.html


Laporan Penyiasatan | Pendedahan harakahdaily berhubung jual beli tanah pantai awam Port Dickson  antara kerajaan negeri dan beberapa pemilik hotel Sabtu lepas, menggamit perhatian rakyat untuk membongkar pula isu pembiakan lalat dan nyamuk di sini.
Seorang peniaga tempatan yang enggan namanya diketahui umum, mendakwa beberapa pemilik hotel telah beberapa kali mencadangkan maskot terbaik bagi produk perlancongan Port Dickson adalah lalat; apabila kementerian berwajib atau kerajaan negeri sendiri mengadakan mesyuarat berkala demi membangunkan prasarana bandar tersebut.
http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/05/port-dickson-bandar-pembiakan-lalat/

 
Lalat 3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...