Dari N31 Bagan Pinang : Pembangunan yang BN bawa adalah PALSU | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 06, 2009

Dari N31 Bagan Pinang : Pembangunan yang BN bawa adalah PALSU

Nampak gayanya sampai hari ni takdak isu lain yang Umno BN main. Yang pertama sekali depa nafikan yang calon BN, Isa Samad dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan ada masalah. Depa kata dua pemimpin depa tu takdak apa-apa masalah.

Isu kedua depa macam biasa depa bawak isu pembangunan. Kononnya Umno nak bawa pembangunan, depa sungguh-sungguh nak bagitau macam kalau takdak Umno pembangunan pun takdak.

Aku tak nafikan memang Umno ada cuba buat pembangunan khasnya di DUN Bagan Pinang. Memang sapa pun yang memerintah akan cuba buat pembangunan pasai tu tanggungjawab depa sebagai pemerintah. Tapi masalahnya pembangunan yang macam mana yang depa nak bawa?

Adakah pembangunan yang terbengkalai macam gambar kat bawah:




Pembangunan bukan dengan niat sebenar untuk pembangunan tapi sebenarnya pembangunan palsu yang tak lebih dari sekadar untuk nak tunjuk yang depa nak buat pembangunan tapi tujuan yang lebih penting depa dapat komisyen dari buat bangunan tu.

Lagi jelas bila dibuktikan dengan jenis pembangunan 'gajah putih' macam kat bawah:


Pembangunan yang jelas sangat menyeleweng dari maksud sebenar pembangunan. Walaupun tandas yang dikatakan berharga RM200,000.00 tu dah siap tapi masih tak boleh digunakan. Apa yang silap pasai tandas tu jangan tanya aku tapi yang penting mesti ada yang tak kena. Yang sahehnya ada orang yang makan duit atas angin dengan projek tu dan itulah tujuan sebenar pembangunan bagi pemimpin Umno. [link]

Benda macam ni bukan berlaku di Bagan Pinang tapi satu benda yang boleh kita jumpa di mana-mana di Malaysia ni. Pada aku sangat jelas pembangunan yang Umno BN bawak sebenar-benarnya bukan untuk membangun tapi untuk tujuan lain. Atau dalam lain perkataan pembangunan yang Umno BN bawak selama ni PALSU semata-mata.

Makanya bila pembangunan yang dibuat tu palsu tak heran la kalau pembangunan tu tak boleh bagi manfaat malah bagi mudarat pulak macam yang digambarkan dengan jelas kat bawah, macam entry aku sebelum ni.

Maklumat tambahan yang lebih 'menarik' boleh baca di sini. Tapi aku teringin la nak mandi laut kat Port Dickson ni.... macamana Wak Al-Banjari?


Lalat 3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...