Katak lompat di Johor pulak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 02, 2009

Katak lompat di Johor pulak?

Lepas PRU12 tahun lepas dah berapa ekor katak jadian melompat keluar parti. Mulaa-mula sekali riuh dicanang kata 16 September 2008 kerajaan Malaysia akan bertukar PM. Katanya akan berlaku katak jadian secara besar-besaran akan lompat keluar dari parti-parti dalam BN dan akan seberang ke dalam parti-parti dalam PR.

Yang menarik sebelum tarikh tu, ramai Ahli Parlimen dari BN ikut rombongan lawatan 'pertanian' ke luar negara. Lepas tu ada pulak yang buat lawak kata ada yang cari katak sampai ke Tawan. Tapi bila sampai ke tarikh 'bersejarah' tu, apa pun tak jadi. Sampaiada yang buat lawak kata 16 September tahun 2012 kot.

Tak jadi di peringkat pusat, jadi pulak di Perak. Mula-mula sekor katak lompat dari Umno ke PKR. Rupa-rupanya katak tu tak lebih macam umpan yang mengakibatkan 3 ekor lagi melompat arah berlawanan di Perak, 1 DAP dan 2 PKR. Akibatnya kerajaan PR di Perak dirompak di siang hari.

Tak lama lepas tu, khabar angn bertuip kencang kata di Kedah pun akan ada beberapa ekor katak jadian akan lompat, tapi katak jadian tak muncul-muncul di Kedah. Ikut khabar angin, katak jadian di Kedah tu tak cukup bilangan. Yang jadinya sorang ADUN tak sanggup jadi katak jadian terus letak jawatan pasai tak tahan kena ugut katanya.

Tak lama lepas tu, Penang pun nyaris-nyaris ada katak jadian. Kalau ikut khabar angin memang hampir pasti pasai SPRM dah cucuk jarum. Tapi akhirnya ADUN tu pun tak sanggup jadi katak jadian terus ambik keputusan letak jawatan jugak.

Yang terbaru muncul seekor di Kedah. Kalau ikut khabar angin awai di Kedah tu, memang dia ni la disebut-sebut ketua bakal katak-katak jadian di Kedah. Malang bagi dia, kawan-kawan yang lain tak ikut dia, jadinya cuma sekor ja yang melompat di Kedah, kerajaan PR di Kedah masih selamat.

Khabar angin baru muncul pulak di Terengganu. Katanya ramai yang akan jadi katak jadian. Cumanya depa ni pelik sikit. Kalau katak di Perak dan Kedah melompat pasai nak jatuhkan Kerajaan PR tapi bakal katak di Terengganu ni nak jatuhkan kerajaan BN pulak. Aku langsung tak percaya katak ni berani, gempaq ja ni. Ugut nak projek aku rasa.

Lebih baru dari tu, ada jugak khabar angin kata ada katak jadian bakal muncul di Selangor ulak. Ada yang kata beberapa orang ADUN dah pun hilang gagal dikesan termasuk ADUN Pelabuhan Kelang. Setakat ni aku tak berapa nak yakin pasai kat Selangor kena ada lagi banyak katak jadian berbandng dengan Perak dan Kedah. Kalau takat 2, 3 ekor baik tak payah.

Yang paling terbaru, katanya akan ada katak jadian di Johor pulak. Yang ni paling menarik. Pasainya sumber khabar angin ni dari blog UmnoJohor. Kalau takdak cerita takkan Umnojohor saja-saja nak reka cerita.

Ada yang kata katak jadian ni akan muncul masa Anwar Ibrahim ada program di Johor hujung minggu ni. Tapi aku tak berapa setuju. Aku rasa katak jadian Johor ni jadi ka dak bergantung kepada perkembangan MCA seterusnya.

Aku rasa macam tu pasainya yang kata nak lompat tu dari kalangan YB MCA dan salah sorang yang disebut-sebut tu adalah anak Chua Sio Lek, Naib Presiden MSA yang dipecat pasai kes video lucah.

Betui ka dak kita kena tunggu perkembangan selanjutnya. Cumanya aku cukup sedih dengan perkembangan ni. Pasainya ramai yang seolah-olah suka politik negara kita ditentukan oleh katak-katak jadian yang dah tentu-tentu tak punya jatidiri dan integriti.

Malang sungguh nasib rakyat Malaysia negeraku yang tercinta walaupun dah 52 tahun merdeka tapi nasib halatuju negara akan ditentukan oleh katak jadian.

  1. Ahli Parlimen BN Johor Masuk PKR ??
  2. Ahli Parlimen Johor Masuk PKR?
  3. Klik gambar berkenaan untuk link sumber gambar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...