"Kalau mereka mahu lompat, lompatlah. Tapi saya tidak suka orang lompat parti ini.
"Saya anggap lompat-lompat parti ini perbuatan jijik,"
Aku memang dari awai takpernah bersetuju aktiviti lompat melompat ni. Tak kira dari belah mana pun memang aku tak setuju.
Pada aku yang perkara paling penting pada wakil rakyat kena ada prinsip yang jelas. Dalam bab wakil rakyat, prinsip ni kena balik kepada prinsip perti yang dia wakili masa bertanding haritu.
Sapa boleh nafikan yang pilihanraya Malaysia calon menang bukan atas sebab parti yang dia wakili. Kalau tak yakin suruh la sapa-sapa pun bertanding tanpa melalui politik mana-mana parti, kompom bungkus punya, kalau tak hilang deposit pun dah boleh kira hebat sangat.
Mungkin ada yang akan bagi contoh kes Shahril Samad boleh menang ji Johor Bahru atas tiket bebas. Pada aku dia bukan 'bebas' sepenuhnya pasai dia didokong oleh ahli Umno yang pernah dia pimpin lama sebelum tu. Cuma tiket ja bebas tapi masih lagi di bawah bayang Umno.
Pada aku Wakil Rakyat memang tak sepatutnya pindah parti. Kalau rasa dah tak boleh berkhidmat dibawah bayang parti asal, senang ja. letak jawatan. Lepas tu nak masuk parti mana pun aku peduli apa.
Kalau rasa hebat sangat, nak jugak jadi YB lagi, tunggu lagi 5 tahun, bertandng lagi. Memang hebat la kalau boleh menang lagi.
Apa-apa pun aku nak ulang sekali lagi, wakl rakyat lpat ni MEMANG JIJIK
Rujukan