Sama jugak aku yakin orang baik dan orang jahat ada di mana-mana. Dalam PAS pun aku tak mau nafi ada ramai orang jahat, ada orang yang langsung seduit pun tak boleh pakai, malah aku yakin dalam kalangan pimpinan PAS pun ada SB.
Apa nak heran, cumanya yang paling penting, aku tetap yakin ramai yang jahat dan tak boleh pakai dalam Umno dari dalam PAS. Sekurang-kurangnya orang yang jahat dan tak boleh pakai dalam PAS ada jugak peluang nak dapat tarbiah, tapi orang baik dalam Umno pulak ada peluang nak jadi teruk, lebih teruk dari yang jahat dan tak boleh pakai yang ada dalam PAS.
Buktinya aku sendiri secara peribadi dah jumpak beberapa orang bekas SB yang kerja dia masa dalam SB dulu memantau ceramah PAS. Bila dah pencen di pulak yang duduk kat barisan depan, maki polis masa PRK. Yang aku boleh yakin tu pasai dia siap kata "Hangpa takpayah berlakun, aku dulu polis jugak, teruk lagu hangpa jugak tapi la ni aku dah sedaq..."
Yang pastinya aku cukup yakin ramai yang sanggup jadi 'mata-mata PAS' dalam tentera pasai dalam tentera ada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) macam yang ditulis kat sini.
Walaupun bekas pengarah kor KAGAT dah masuk Umno dan jadi menteri di bawah Najib tapi banyak aktiviti pentarbiahan yang selalu KAGAT anjurkan contohnya
- Kursus Asas Fardu Ain
- Seminar Kefahaman Islam
- Nadwah Kepimpinan Islam
- Kelas Bimbingan Khas dan Terbuka
- Bimbingan dan Kaunseling
- Penerbitan Buku dan Risalah
- Kursus Penghayatan Islam
- Tilawah Al-Quran
- Penyelidikan Islam
- Pembangunan Sistem Maklumat Islam dan Tenaga Manusia
- Pentadbiran Keagamaan, Urusan Zakat, Haji dan Undang-Undang Islam
Blogger tu siap tanya lagi
Terdapatkah mana-mana jabatan kerajaan yang lain selain daripada ATM yang mengamal dan mengadakan aktiviti seperti berikut ini[link]
Takkan dalam ramai-ramai yang kena tarbiah tu, takdak yang teringin dan kemudiannya tambah ilmu agama dari sumber lain. Paling takdak pun aku yakin ramai dari kalangan anggota tentera adalah anak orang PAS, yang sebelum masuk tentera pernah ikuti usrah, tamrin, mukhayyam dan macam-macam lagi program yang PAS anjurkan dan semangat cintakan Islam tu masih tertanam dalam jiwa depa.
Jadinya apa nak heran kalau ada 'mata-mata PAS" dalam tentera. Depa pun teringin jugak nak tolong jemaah Islam, nak bagi sumbangan setakat yang depa mampu utuk pastikan jemaah yang cintakan Islam menang. Salah ka? Kalau ada yang kata salah pasai tentera tak boleh terlibat dalam pilihanraya, maksudnya apa yang Zahd Hamidi buat di Permatang Pasir dan Manek Urai macam kat dicerita kat sini dan sini pun salah la. Dan aku yakin Zahid akan ulang lagi benda ni di Bagan Pinang.
Artikel rujukan
- 'Mata-mata PAS' dalam kem tentera
- Siapa Kata Ankatan Tentera Tidak Akan Menyokong Pas?
- UNSPIN: PAS tak payah berlakun, dah pun kempen dalam kem