N31 Bagan Pinang : Tak kira sapa menang, tentera dapat untung? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 26, 2009

N31 Bagan Pinang : Tak kira sapa menang, tentera dapat untung?

Belum apa-apa dah ada satu berita keluar kat utusan, PM mahu aset ATM ditingkatkan perkukuh kawalan keselamatan negara macam dilaporkan kat sini. Berita tu aku yakin keluar sebagai 'menjawab' tulisan dalam blog PAS Negeri sembilan kat sini.

Puncanya pasai kat Bagan Pinang pengundi POS dari kalangan tentera cukup ramai, dekat 30% dari jumlah keseluruhan pengundi. Jadinya mungkin pasai takut tentera tu tak undi Umno, aku yakin BN akan janji macam-macam.

Cukup banyak isu bab tentera diketengahkan dalam blog tu. Kalau ikut adminyang kendalikan blog tu,banyak lagi realiti berkenaan tentera akan dipaparkan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa sampai ke hari mengundi.

Kalau PR boleh main betui-betui isu tentang realiti keadaan tentera ni,mau tak mau Umno BN terpaksa jawab. Takkan depa nak jawab takat jawab mulut ja,kurang-kurang pun kalau 10 benda kita bongkar takat 2 3 paling kurang pun depa akan jawab dengan tndakan.

Akhirnya tentera yang untung, anggota tentera akan terbela. Harap-harap laa...



Artikel rujukan
  1. Kereta perisai dan Blog PASN9 di Utusan Bernama
  2. PM mahu aset ATM ditingkatkan perkukuh kawalan keselamatan negara
  3. 5000 undi tentera Bagan Pinang mesti tuntut hak anda



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...