Apa PAS boleh mintak dengan SPR 28 September ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 15, 2009

Apa PAS boleh mintak dengan SPR 28 September ni?

Cantek sangat la kalau PAS dah ambik inisiatif nak jumpak SPR. Bila tarikh pun dah Salahuddin Ayob sebut, aku aku andaikan SPR dah setuju nak jumpak PAS pada tarikh tu. Dapat ka dak apa yang PAS nak mintak tu pada aku nombor 2, yang penting pi jumpak dan 'bertengkaq' dulu. Kalau tak mintak dah sah-sah la tak dapat.
Pas akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 28 September depan bagi membincang mengenai prosedur undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub hari ini berkata, sehubungan itu, Pas akan mendesak SPR mengkaji semula sistem undi pos.


Cumanya dia tak pulak sebut scara terperinci apa cadangan dari PAS yang dia nak bawak. Sebelum ni PAs dah mintak supaya Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos dimansuhkan.
"Apa yang berlaku sebelum ini, setiap pengundi pos perlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan itu ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi.

"Apabila sampul surat itu diperiksa, borang perakuan itu akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan calon yang mereka undi yang mengakibatkan tidak ada lagi kerahsiaan pengundian yang menjadi prinsip asas dalam proses demokrasi.

"Apabila tidak ada kerahsiaan, ia pasti mengakibatkan seseorang pengundi pos tidak berani mengundi calon lain selain dari yang diarahkan supaya diundi," katanya.

SPR dah jawab isu BorangLampiran 2 macamkat bawah ni:
“Mereka yang mempertikaikan pemberian borang Lampiran 2 itu memang tidak faham undang-undang pilihan raya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) yang memantau proses pengundian pos bahawa kerahsian undi pengundi pos sudah dikompromi berikutan penggunaan borang itu.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pemberian borang itu kepada pengundi pos bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya sudah dilaksanakan sejak pilihan raya pertama pada 1955.

“Sehubungan itu, saya meminta mereka yang terbabit dalam kegiatan pemantauan perjalanan pilihan raya kali supaya mempunyai kefahaman jelas mengenai peraturan dan undang-undang sebelum membuat sebarang ulasan.

“Ini penting bagi mengelakkan mereka membuat komen dan penilaian berasaskan sentimen dan pemerhatian sendiri saja,” katanya sambil menambah mereka yang masih tidak berpuas hati boleh membuat laporan rasmi kepada SPR.

Rasanya cadangan tu hampir pasti SPR akan olak jugak masa perjumpaan 28 September ni. Apalagi yang PAS boleh cadang.

Ada kawan-kawan aku suruh cadangkan "kita mintak supaya SPR benarkan kita tunggu peti undi sampai masa nak bukak untuk dikira. Berkemah dalam balai polis pun takpa" kata dia. Yang i pun aku rasa SPR akan tolak pasai depameati guna hujjah peti tu polis akan jaga, tambah lagi dah di'sealed' siap dengan tandatangan.

Pemuda PAS ada mencadangkan supaya calon pilihan raya dibenarkan untuk jumpa pengundi pos. Yang ni aku rasa kalau kita betui-betui berkeras dengan hujjah dan cadangan perlaksanaan yang sesuai mungkin SPR 'terpaksa' bersetuju, mungkin dengan sikit pindaan di pihak depa kut.

Apa-apa pun harap-harap perjumpaan dengan SPR 28 September ni akan ada sikit 'sinar' untuk calon PAS. Cumanya kita semua tau SPR di dah macam 'kelab penyokong Umno', atau pun mungkin lebih tepat sebagai 'penyimpan mohor besar Presiden Umno', dah tentulah depa seboleh mungkin akan jaga kepentingan 'BOSS' depa.

Aku dengan SPR pusat ni, harap ada la sikit, tapi percaya memang takdak langsung.

  1. Pas akan bertemu SPR bincang prosedur undi pos
  2. PAS tuntut dimansuh borang identiti pengundi pos
  3. Borang lampiran 2 undi pos bukan baru
  4. Pemuda mahu calon pilihan raya temui pengundi pos





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...