Katanya lagi calon disebut-sebut sebagai "calon pilihan" ada dua orang, Hj Mohd Sabu bekas Pesuruhjaya Pulau Pinang masa allahyarham Ust Fadhil dan sorang ladi Ust Saleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang la ni.
Aku sebenarnya tak kisah sapa pun jadi calon. Cumanya kalau Bang Mat yang dipilih aku cukup yakin PRK kali ni akan jadi cukup meriah. Sebagai pimpinan yang dah lama dalam PAS, Hj Mohd Sabu memang ramai pengikut dan penggemar, dan disebalik tu jugak, dia pun tak kurang ramai 'musuh'.
Kalau Bang Mat yang jadi calon, ramai yang akan bersungguh² buat kerja tolong nak bagi Bang Mat menang tapi akan ada jugak yang mingkin akan 'buat kerja' bagi dia tak menang.
Aku memang tak bercadang nak lobi Bang Mat kali ni macam aku 'lobi' dia untuk PRK Kuala Terengganu dulu., ataupun macam aku lobi dia untuk jawatan Timbalan Presiden masa pemilihan yang lepas. Pasainya bagi aku Bang Mat kurang sesuai jadi ADUN, gaya dan cara dia lebih sesuai jadi Ahli Parlimen, lebih luas jajahan takluk dia. Jadi ADUN ni kena banyak hadih masa kat kawasan sendiri.
Tapinya aku jadi mushkil sikit bila Aris Awang tak berapa setuju kalau Bang Mat jadi calon, kata dia
Kepada Bang Mat..........Lepas tu pulak cepat ja Pak Bakar Penarikbeca sokong. Ni tentu ada cerita yang ramai taktau, aku pun taktau. Cerita apa jangan tanya aku pasai aku memang betui² taktau, cuma boleh takat meneka dalam kesamaran.
Bagi orang lain lah bertanding di Permatang Pasir............
Kita mesti memimpin masyarakat bahawa anak kelahiran Hawaii boleh bertanding di Illinois.......... begitu juga di Malaysia lahir di Guar Petai......... sepatutnya boleh bertanding di mana sahaja di Malaysia ini.
Jangan hidupkan kembali, sentimen anak tempatan........... yang telah dihapuskan sekian lama oleh pimpinan PAS terdahulu.
Mohon maaf............ kalau Bang Mat teringin juga nak bertanding di situ!!!
Kalau nak tau kena la tanya Aris Awang atau pun Pak Bakar, tu pun kalau depa nak cerita, tapi aku yakin depa tak cerita punya laa. Tapi kalau depa cerita jangan lupa bagitau kat aku, aku pun nak tau jugak.
Lain² calon yang masuk senarai, Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri Rosidi Hussain, Ketua Pemuda negeri Mohd Yusni Mohd Piah dan Shamsul Kamal Sahpie, iaitu pegawai peribadi penyandang kerusi tersebut, allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.
Aku mula² dulu ada jugak terdetik nak promote mana bekas ketau pemuda Pulau Pinang, kalau aku promote mana dia dah tentu punya ramai yang ulas. Dah tentu² geng bloggers PKR akan taji kaw² punya. Tapi bila fikir² balik, baik tak payah laa.. takdak pekdah pun kecuali untuk saja² bagi meriah ja. Dan nasib baik antara nama yang naik tu Ketua Pemuda la ni, bukan bekas Ketua Pemuda yang lepas.
Rasa² hangpa sapa yang PAS pilih jadi calon, kalau tanya aku, aku rasa besar kemungkinan Ust Saleh Man akan dipilih, walaupun macam aku kata tadi, lebih meriah kalau Bang Mat yang jadi calon.
Artikel rujukan