N11 Permatang Pasir : Bulan Puasa lagi mudah nak dekati pengundi. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 11, 2009

N11 Permatang Pasir : Bulan Puasa lagi mudah nak dekati pengundi.

Penamaan calon untuk PRK N11 Permatang Pasir dah ditetapkan hari Isnin pada 17 Ogos, mengundi pulak pada hari Selasa 25 Ogos1. Walaupun tak cuti hari tu, rasanya Lim Guan Eng mungkin akan ikut macam Tok Guru masa PRK Manek Urai baru ni, bagi cuti untuk negeri Pulau Pinang. Cumanya mungkin masalah sikit untuk yang duduk dan kerja di luar Pulau Pinang untuk balik mengundi.

25 Ogos tu kemungkinannya hari ke 5 puasa. Kedua² pihak yang mengaku akan letak calon, PAS dan Umno dah pun sebut tak kisah walaupun PRK bulan puasa. Memang tak patut jadi masalah pun.

Walaupun dilaporkan ada pimpinan PAS yang berpendapat "adalah kurang sesuai pilihan raya diadakan pada Ramadan kerana mengganggu ibadat puasa dan solat tarawih"2 tapi bagi aku tak patut ada masalah. Takat nak buat solat Tarawikh apa masalahnya, lain la kalau jenih yang pakai mazhab 'wajib' sembahyang tawarikh secara berjamaah kat surau atau masjid dan 'wajib' pulak dibuat selepas saja solat isya'.

Pada aku patutnya, bulan Ramadhan bagi kelebihan kat PAS pasai dah tentu-tentu lebih mudah susun program nak dekati pengundi pasai ramai orang islam akan tertumpu di masjid dan surau, tambah-tambah pulak masa tu masih di hari² awai puasa yang biasanya masjid dan surau masih melimpah dengan jamaah tarawikh.

Bagi yang tak berapa minat nak bertarawikh, pun senang nak jumpa, pasainya depa² ni akan banyak yang melepak kat kedai kopi, pekena kerang rebus. Kan mudah tu kalau niat nak dekati pengundi, kecuali la kalau bagi yang paham untuk dekati pengundi cuma dengan cara ceramah kelompok ja, memang masalah la nak buat ceramah kelompok masa bulan puasa. (Ka menu kerang rebus ni popular kat Parit Buntar ja??)

Lagi satu tempat mudah nak jumpa pengundi masa pasar ramadhan. Tempat tu memang tumpuan semua orang, termasuk la yang tak puasa pun akan tumpang sama tumpu ke situ. Yang bukan Islam pun ramai tumpang sekaki, pasainya ni la masa nak jumpak macam-macam jenis makanan yang payah nak jumpa masa bukan bulan puasa.

Jadinya kalau betui kaedah cara susun program, program penerangan memang tak patut jadi masalah. Cuma nak atau tak nak ja.

Artikel rujukan
  1. P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa
  2. Parti terima tarikh penamaan, pilihan raya pada Ramadan




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...