Jemputan ke program santai bersama bloggers PAS Perak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 11, 2009

Jemputan ke program santai bersama bloggers PAS Perak

Lepas baca kat sini dan kemudian kat sini aku teringat yang aku pernah dapat sms dari pimpinan PAS Perak kemarin dulu pasai program ni.

Nasib baik aku belum forward kat sapa² sms tu. Pasainya masa baca sms tu aku tak perasan tajuk dia macam tajuk artikel ni. Yang aku ingat cama tu suruh sebarkan kepada bloggers. Nasib baik aku belum forward ke semua bloggers network Perak. Sebenarnya aku memang nak tunggu dulu kot² ada jemputan terus dari K. Penerangan pasainya sms tu aku nampak macam forword dari KP PAS Perak.

Masalahnya aku pagi tu ada mesyuarat, taktau habih pukui berapa, takkan nak ponteng lagi mesyuarat tu, memang aku tak boleh ponteng kali ni. Aku memang teringin sangat nak pi. Satunya pasai rasa dah lama sangat tak berendam dalam sungai. Lagi satu pasai aku nak sangat tau apa perancangan Ketua Penerangan baru ni. Harap² dan la aku joint sekali program ni.

Jadinya untuk panduan bloggers yang nak pi ke sana, aku copy & paste apa yang Wak AlBanjari tulis kat blog dia.


Oleh : albanjari
Dibawah wak sediakan map untuk sahabat2 blogger dari seluruh Perak dan negeri-negeri berdekatan yang akan hadir ke program dengan doa, jangan sesat noo !! Panduan jalan dah diberikan.


Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini dalam posting [ DI SINI ] wak sediakan MAP lengkap untuk ke lokasi sebenar PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGERS PAS PERAK yang akan diadakan pada 15hb. Ogos ini (Sabtu). Program Tertutup yang diadakan itu hanya untuk blogger yang memegang KEAHLIAN PAS sahaja. Aturcara bermula pada jam 3 petang hari tersebut.


Bagi pihak Lujnah Penerangan PAS Negeri menjemput semua blogger PAS* untuk hadir ke pertemuan penting ini. JANGAN DI UZUR KAN !! Jemputan merujuk kepada Bloggers PAS* seperti di bawah :
  • Blogger yang bekerja dan bermastautin di negeri Perak,
  • Blogger yang berasal dari negeri Perak tapi bekerja di negeri lain,
  • Blogger yang ada laman blog atau website sendiri,
  • Ahli PAS berasal dari Perak yang mahu menjadi penulis blog.
Program Santai ini juga turut dihadiri oleh pimpinan PAS negeri, kepada yang nak 'berkubang' di kawasan jeram selepas program ini, silakan tiada halangan ! Jumpa wak di sana !!


  1. Jemputan Rasmi kepada semua bloggers PAS Perak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...