Rendang kayu kerana daunnya terpandang Melayu kerana pantunnya
|
Kalau berladang kurang tekun lesap padi ditelan belukar kalau hilang tukang pantun senyap sunyi bandar yang besar
Kapal belayar dari arakan selit besi jadi kemudi mati ikan kerana umpan mati ambo (saya) kerana budi
|
|
Tuan Puteri ke Tanjung Keling bilah mengkuang dianyam tenang biar isteri benci menjeling tetaplah abang terkenang-kenang
| Naik bertamu di Pulau Tawar singgah menjala di Kampung Buntal Pahit jeling menjadi penawar Abang simpan di bawah bantal
|
Hujung rusuk patah tulang kena tindih kayu rasak kalau sungguh rindukan bulan tunggu dulu lepas Isyak
| Tebuk kayu dengan pahat kelek mangkuk pakai topi kata mahu keluar jihad nampak tersangkut di kedai kopi?
|
Anak ayam turun lapan mati seekor tinggal tujuh harap berdoa kepada Tuhan supaya terang jalan bersuluh
| Tiang sehasta dibuat galah berpanjang lengan kait melati berjuang kita ke jalan Allah biar dengan sepenuh hati
|
Manis sungguh dokong tuan malam resah pelita mati payah apa sokong bulan mungkin susah tapi tak mati
| Apa dirisau hantu jembalang Al Quran dibaca berhari-hari tubuh besar janggut panjang bunyi wisel kenapa lari?
|
Dayung sambil pasir kemudi air deras di Ulu Tersat jangan diambil jalan yahudi itu sah menuju sesat
| Ikan belanak ditutup saji saji dianyam oleh Pak Mahat orang khianat jangan dipuji makin dipuji makinlah jahat
|
Sejak kera masuk negeri anak Merbah mati tersepak sejak ketua sibuk mencuri anak buah jadi perompak
| Burung Punai burung Kelicap hinggap berkawat di hujung dahan tidak guna lawa dan kacak jika melawan hukum Tuhan
|
Tanam halia tumbuh lengkuas semak daun si api-api apa guna kaya rasuah esok dipanggang di atas api
| Terbang kunang di tengah malam hinggap masuk di tiang seri tangan kanan ajak bersalam apa maksud pisau di kiri
|
Hujung kota patik menanti Orang Kaya Laksamana Bentan tuan berkata sesuka hati karamlah saya tujuh lautan
| Tuanku umpama emas segetus segak bertempat indah seorang hamba umpama selipar yang putus tiba bertempat dilupa orang
|
Bermamah sirih di tengah pelita pahit mulut sampai ke pagi beradu susuh taji pendeta terbit suluh batil pun pergi
| Biar bersambung bedilan Ferenggi takku tinggal ini kota Islam berbumbung di awan tinggi mengatasi segala mainan kata
|
Gua Bama Sungai Hulu Kuala Damak berbatu karang hamba umpama dagang lalu nasi ditanak milik orang
| Rata lapang Gunung Tahan Bukit Rapat Bukit Cekati kita menumpang bumi Tuhan jangan dibuat sesuka hati
|
Daun palas ikan kelah mari diikat dengan tali niat ikhlas kerana Allah syirik tidak sekali-kali
| Papan tualang mari diukir buat tongkat si kayu jati sayang malam hidup berzikir kuat ibadat sebelum mati
|
Akar tersesat jambu batu ikat kolek bertali kain resam ibadah niat tertentu bukan boleh di buat main
| Jalan bengkok terkial-kial sambil mengupas limau lengkap tengokkan songkok bagikan kiyai kenapa membaca tergagap-gagap?
|
Apa guna berkain batik jika labuh berbayang-bayang apa guna beristeri cantik jika subuh tidak sembahyang
| Teluk Rokan tempat memancing angkat raga berisi gelas jika ikan umpanya cacing syarat syurga ialah ikhlas
|
Tunas selasih dibuat rebung asah belati diasap damar bercerai kasih boleh disambung berpisah mati putuslah amal
| Putus amal jika mati itu muktamad dari Allah cuma ada tiga kecuali anak soleh, ilmu dan sedekah
|
Lantang bersahut burung bebarau kayu jati di buat sarang adab hidup kita bergurau sudah mati terguling seorang
| Dari Demak ke Makasar bergalah perahu tidak berbaju maafkan hamba jika terkasar Allah jua tempat dituju
|
Pisang dusun kacip cekati sireh dibilas luar rumah saya berpantun dari hati tuan balas tiba di rumah
| Indah sungguh Tanjung Sedeli Pulau Seratus dilambai nyonya sepanjang mana seutas tali akan ada terus hujungnya.
|
Pantun sempena merasmikan Konsert Antara Dunia 2009 anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Production (M) Sdn Bhd.
Konsert yang berlangsung 1 Ogos lepas di Stadium Malawati Shah Alam, menambilkan tiga kumpulan gergasi nasyid tanah air seperti Rabbani, Hijjaz dan Raihan.
Turut membuat persembahan ialah remaja Makkah al-Mukarramah yang menamakan kumpulan mereka dengan nama Nibras serta kumpulan Shoutul Harokah, dari Partai Keadilan Sejahtera Indonesia.
Sumber
- Pantun Tok Guru menghambat keinsafan