Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
- Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
- Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Tu bunyi 'titah' Raja Nazrin, pewaris takhta sultan Perak macam yang dilaporkan malaysiakini.
Bila baca 'wasiat' tu aku jadi keliru sikit. Patutnya sapa yang perlu mengingatkan dan sapa pulak yang perlu diingatkan?
Aku malas nak ulas panjang, tapi kesimpulan aku, sampai hari ni aku langsung tak taruh harap yang sultan boleh dan mampu pegang wasiat² tu. Nak kata apa pun kata la, tapi setakat ni, itu yang aku nampak. Kalau ada hangpa yang lain nampak macam lain, tolong tunjuk kat aku tang mana yang aku kut terlepas pandang.
Di satu pihak lain, Dato' Onn masa mengetuai Umno dan masa tu jadi tu orang yang paling kuat pengaruh dikalangan orang melayu, keluarkan 'Sumpah Melayu', yang kebanyakkan blog penyokong ada gambar sumpah tu macam gambar kat sebelah ni.
Pun aku malas nak ulas panjang, tapi kesimpulan aku, sampai hari ni aku langsung tak taruh harap yang Umno boleh dan mampu pegang sumpah² tu. Nak kata apa pun kata la, tapi setakat ni, itu yang aku nampak. Kalau ada hangpa yang lain nampak macam lain, tolong tunjuk kat aku tang mana yang aku kut terlepas pandang.
Gabungan dua pihak ni, jadilah apa yang kita tengok hari ni. Apa yang nak jadi masa depa bergantung sangat² dengan apa yang dua pihak ni buat la ni. Cumanya la ni nampak gaya macam Kuasa Rakyat semakin kuat dan harap² Kuasa Rakyat ni boleh menatijahkan sesuatu yang lebih baik untuk orang melayu.
Sumber
Berkaitan