Isteri saya seorang Ustazah cukup `geram` dengan gelagat seorang al-Hafiz kononnya, tetapi di dalam blog beliau baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau juga seorang peminat Siti. Dek kerana tak berkesempatan untuk mengikuti konsert penghibur tersebut di negeri `Atas Kayangan` baru-baru ini atas sebab-sebab tertentu. Sebagai peminat dan ahli politik mungkin…(yang memerlukan sokongan semua) beliau melahirkan juga rasa minat terhadap penghibur tersebut dengan cara yang beliau lakukan iaitu menceritakan sudut-sudut tertentu Siti yang menjadi perhatian dan minat beliau… terutamanya `kemerduan atau kelembutan` suaranya, serta Siti dikatakan seorang artis yang `bersopan`. Siap dengan `posting` gambar Siti lenggok menyanyi.
Artikel penuh boleh baca di sini
Buat mereka yang menyerang saya kerana mengagumi Siti Nurhaliza, tolong jawab soalan ini. Mana lebih berbahaya antara orang yang kagum kepada dirinya sendiri dan merasa dirinya serba suci dengan orang yang kagum kepada kebolehan orang lain?
Artikel penuh boleh baca di sini
Mintak maaf kalau ada yang rasa aku berniat nak laga-lagakan orang. Tapi aku sebenarnya suka kalau orang berilmu berhujjah dan aku yakin kedua-dua pihak memang golongan yang ada ilmu.
Lagi cantek kalau ada pihak² lain nak terlibat sama berhujjah, maksud aku biar ada fakta dan sandaran, bukan membabi buta.
Aku harapkan boleh jadi 'wacana' yang akhirnya boleh bagi gambaran macamana bentuk hiburan yang PAS nak bawa kalau diberi peluang dan kuasa untuk memerintah Malaysia. Satu isu yang pada aku PAS sampai hari ni manpak macam saja buat² tak nampak.
Atau sekurang²nya bentuk hiburan yang Pakatan Rakyat nak sajikan kepada rakyat Malaysia bila Umno jahanam. Satu isu yang orang seni yang sokong Pakatan Rakyat dan yang berjuang bersama² Pakatan Rakyat mula bangkitkan
Artikel rujukan