N11 Permatang Pasir : Calon PAS diumum 14 Ogos. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 11, 2009

N11 Permatang Pasir : Calon PAS diumum 14 Ogos.

Walaupun AJK PAS Pusat dah mesyuarat semalam berkenaan calon yang bakal dipilih mewakili PAS dalam PRK N11 Permatang Pasir, nama calon hanya akan diumum pada 14 Ogos, hari Jumaat. Aku yakin malam tu akan ada ceramah besar di Permatang Pasir dan aku rasa akan diumumkan sendiri oleh Presiden PAS, mungkin TG Nik Aziz pun akan turun sama.

Kalau ikut Harakahdaily, Salahuddin Ayub kata
PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Aku tak paham pasai apa dua nama calon sesuai, takkan AJK PAS Pusat tak buat keputusan muktamat lagi. Mungkin calon yang dipilih tu belum bagi kata putus lagi kot.

Salahuddin juga dilaporkan berkata
Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya.

Dalam pada tu Ust Nashrudin Tantaw pulak dilaporkan berkata
Permatang Pasir milik PAS! Kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan Dun Permatang Pasir kelak.

Bulan Ramadan tidak akan melemahkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat sebaliknya akan memberikan kekuatan dan kemenangan.

"Ramadan adalah bulan jihad dan bulan kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamadun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al-Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah,"kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.


Dipihak unmo pulak, katanya ada dua calon yang disebut².
Dua nama yang dikatakan top di kalangan Umno sekarang ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Zaidi Said yang berasal daripada Tanjung Putus dan peguam muda, Rohaizat Othman yang sedang menapak nama

Malaysiakini pulak melaporkan
Malaysiakini difahamkan terdapat empat calon untuk disenaraikan untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat malam ini.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Nasir Abdullah (timbalan ketua bahagian Permatang Pauh), Rahim Man (naib ketua bahagian), Mohd Zaidi Mohd Said (ketua Pemuda bahagian) dan Abdul Aziz Sheikh Ahmad (ahli jawatankuasa bahagian).

Harap² geng² saraf PAS dan PKR Permatang Pauh dah pun buat kajian berkenaan nama² ni. Aku yakin mesti ada 'cerita' depa ni yang boleh dibuat 'senjata' untuk PRK kali ni kalau depa jadi calon. Standard Umno, kalau takdak cerita bukan Umno la.

Cumanya PRK N11 Permatang Pauh ni dibuat masa bulan puasa. Aku harap geng² saraf kena fikirkan jugak kaedah penyebaran dan serangan, jangan sampai PAS dicela pasai tak hormat bulan Ramadhan

Apa² pun aku yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi ni, pasainya masa PRU lepas PAS
PAS hanya kalah di dua saluran, semua saluran satu iaitu di UPU Permatang Ara dengan tujuh undi manakala di UPU Bukit Indera Muda hanya 15 undi. Ini bermakna 39 saluran, PAS hanya kalah dua saluran sahaja.


Di peringkat UPU pulak, PAS menang di semua UPU, maksudnya aku yakin jentera di semua UPU memang mantap, cumanya kali ni kena lagi mantap pasai cabaran untuk PRK lebih hebat lagi. Aku harap sangat PAS Pulau Pinang dah belajar dari pengalaman PAS Kelantan dan PAS Permatang Pauh belajar dari pengalan PAS Kuala Krai berikutan kemenangan tipis di PRK Manek Urai.

Artikel rujukan
  1. PAS umum calon pada 14 Ogos
  2. Kemenangan awal PAS di Permatang Pasir
  3. Permatang Pasir: Umno masih tercari-cari calon
  4. Empat pemimpin kanan disebut-sebut calon BN


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...