PRK N41 Manik Urai : Petua untuk pimpinan PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 24, 2009

PRK N41 Manik Urai : Petua untuk pimpinan PAS

PRK Manik urai dah tak berapa hari lagi. Penamaan calon Isnin depan, 6 Julai dan hari mengundi minggu depannya hari Selasa 14 Julai. Dah tak lama dah, ada dalam 2 minggu ja lagi. Katanya PAS akan umumkan calon pada malam Sabtu ni 26 Jun.

Dengan 'tamat'nya isu 'Boneka Umno' dalam krisis isu Kerajaan Perpaduan ak rasa berbondong² la pimpinan PAS dan PR adakn berkampung di Manik Urai. Aku harap semua kesana ikhlas pasai nak mempertahankan kerusi DUN N41 Manik Urai supaya terus dipegang oleh wakil PAS.

Untuk pimpinan PAS yang ak pi berkempen ke Manik Urai aku rasa patut baca 6 petua yang Husin Lempoyang tulis. Walaupun Husin Lempoyang ni Umno tapi petua dia sesuai jugak untuk pimpinan PAS sebagai pedoman.
Sebagai kawasan luar bandar, berkempen di sini memerlukan sifat kepekaaan yang lebih sedikit terhadap sensitiviti tempatan. Ada beberapa petua-petua yang perlu dihayati.

Jangan ada yang nak datang pada 25 dan 26hb ini bawak gerombolan sederet Rexton hitam. Ini akan mengacau usaha temnpatan. Baik ditahan dari kasi masuk kawasan. Suruh dia orang duduk saja di Heritage Mansion. Jangan bawak kereta besar dan mewah. Ini petua pertama.

Jangan pergi sana berkempen nak bawak pembangunan dan kata orang situ susah dan miskin. Itu sensitif. Mereka ada maruah kerana mereka bukan miskin. Pendapatan cukup untuk gaya hidup setempat. Mereka ini berdikari dan banggsa pada diri. Tidaklah macam ada orang yang ada kompeni Emarcon untuk bina stadium roboh dalam setahun. Ini petua kedua.

Bagi petua ketiga, tak perlu nak kempen situ hentam parti ini dan parti itu. Biar ikut cara berbudi dan berhemah. Orang luar bandar tak suka cara-cara berbalah. Mereka tidak suka kata mengata dan perawakan yang angkuh. Galak perpaduan sesama ummah. Jadi jangan nak tanam-tanam orang. Tak payah becakap lagi baik.

Petua keempat adalah jangan anggap mereka bodoh. Anak-anak mereka banyak yang bagus dalam persekolahan dan pergi ke Universiti. Ramai bekerja di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar. Mereka tahu apa yang berlaku dalam negara. Anak-anak mereka akan pulang untuk mengundi dan berupaya mempengaruhi pengundi sana.

Petua Kelima, dekati mereka untuk selami perasaan, masaalah, dan harapan mereka. Kalau ada nak tidur rumah orang kampung yang bukan bungalow, bagus. Ada sanggup bangun subuh untuk ikut mereka menoreh, bagus juga. Lakukan dengan ikhlas. Molek jika mu bule kecek kelate.

Paling mujarab dalam menawan hati mereka adalah petua keenam. Dema bangga jika SKMK. Gapo dia SKMK? Maksudnya bukan "Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan" tapi "sedia kahwin Mek Kelate". Syarak ni yang susoh.


Cerita pasai kahwin ni aku teringat syor yang pernah TG Nik Aziz buat lama dulu, tahun 2006 dulu. Bagi pendakwah yang sanggup kahwin dengan orang asli dan sanggup tinggal d perkampungan orang asli kerajaan negeri akan bagi RM10,000.00 tunai. Ada lagi ka insentif tu? Kalau ada elok jugak untuk geng-geng yang baru balik dari Mesih yang takdak kerja. Daripada jadi cikgu JQaf aku rasa lagi baik berdakwah dengan orang asli. Buat sampai boleh tubuh cawangan PAS kat kampung orang asli tapi jangan hangat² taik ayam dah la.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...