Lawan Umno : Rang Undang-undang DNA lulus 48:47? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 24, 2009

Lawan Umno : Rang Undang-undang DNA lulus 48:47?

Terkejut jugak aku bila baca artikel di greenboc pasai cerita ni. Pada aku tak patut sungguh boleh jadi sampai macam tu. Aku ingat lagi masa rang undang-undang ni dibukak untuk dibahas, aku pernah tengok siaran langsung sat kat tv. Masa tu bukan main lagi wakil Pakatan rakyat bangkang rang undang² ni. Aku tak ingat YB mana tapi kira kuat jugak la point dia.

Tapi bila sampai masa nak mengundi boleh pulak ramai yang ponteng. Aku tak heran kalau belah BN ramai yang ponteng, yang tu dah perkara biasa. Tapi bila wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ramai yang ponteng aku sangat² tak boleh terima.

Dari 82 orang YB Pakatan Rakyat takkan 47 orang ja yang pi dewan. Dekat² setengah tu yang ponteng. Yang betui ada keuzuran memang patut dimaafkan tapi takkan ramai sampai macam tu yang uzur kot.

Takkan depa semangat nak beraya kat manik urai sampai ponteng sidang dewan. Pada aku tak kena sangat. Kalau takat sorang-dua ponteng untuk kempen di Manik Urai boleh la diterima takkan. Kalau la Manik Urai boleh jadi alasan patutnya kena la tengok jadual sidang dewan sama. Takkan sidang dewan tak tetapkan bila nak mengundi usul kot. Kalau pun mungkin jadual tak tepat takkan tak boleh agak kut.

Pada aku beban ni patut ditanggung pejabat Ketua Pembangkang. Takkan pejabat ketua pembangkang pun tak dak maklumat pasai jadual sidang dun. Patutnya time² penting macam ni pejabat Ketua Pembangkang kena pastikan takdak wakil Rakyat Pakatan rakyat yang ponteng tanpa alasam yang kukuh dan pada aku alasan nak pi kempen di PRK Manik Urai bukan alasan yang kukuh.

Aku menggesa Ketua Pembangkang supaya ambik berat kes ni dan aku menggesa supaya pejabat Ketua Pembangkang mendedahkan senarai nama YB PR yang ponteng hari tu dan aku jugak menggesa YB yang ponteng tu supaya bagi alasam pasai apa ponteng.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...