Lawan Umno : Ni apa Siasah mengarut pulak ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 24, 2009

Lawan Umno : Ni apa Siasah mengarut pulak ni?

Aku bila baca ja berita ni terus terlintas kat kepala pasai idea Kerajaan Perpaduan. Seingat aku sebelum ni Siasah la yang mula² sekali menimbulkan idea kerajaan perpaduan. Lepas pada tu macam² perkara besar jadi kat PAS.

Punya teruk PAS kena tanggung sampai tahap ada yang mengaku sebagai ahli PAS sanggup menghina Hj Hadi, Presiden parti dia sendiri. Yang aku lebih tak tahan bila ada yang sampai sanggup hina TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang bukan takat orang PAS hormat tapi orang yang bukan Islam pun hormat sebagau Tok Guru.

Puya la kronik bahana idea kerajaan perpaduan yang siasah mula sekali juai walaupun 'belum masak', sampai institusi ulama' pun diheret sekali dan dilabel dengan makian yang cukup buruk.

Nak bagi reda kontroversi ni sampai TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS terpaksa mintak maaf dan tarik balik gesaan dia supaya Timbalan Presiden PAs letak jawatan.

Aku tak pernah sebelum ni kaitkan isu Kerajaan Perpaduan ni dengan Siasah, bukan tak perasa tapi saja takmau nak mula. Tapi aku rasa kali ni aku tak patut diamkan.

Pasainya kali ni nampak gayanya macam Siasah cuba lagi nak buat onar. Tiba² ja, takdak ribut, takdak hujan, boleh pulak Siasah bawak keluar berita kata PAS akan terima orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS.

Benda ni bukan benda kecik, kalau nak dibanding dengan idea Kerajaan Perpaduan, idea ni bagi aku lagi la 'sampah' lagi la 'mengarut'. Idea ni sangat berpotensi nak pecah belah kan PAS sendiri.

Tambah-tambah lagi cara Siasah bawak erita ni manpak sangat saja nak timbulkan kontroversi.

Kononnya ada 'sumber' yang bagi tau.
Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu. Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.


Aku harap 'sumber' tu bukan sumber yang sama yang 'cerita' kat Siasah pasai idea Kerajaan Perpaduan.

Setahu aku sebelum ni masa retreat pimpinan PAS Pusat kat Pulau Langkawi tahun lepas dah ada satu ketetapan untuk ujudkan satu dewan khas untuk orang bukan Islan jadi ahli, semacam dewan ulama, pemuda dan muslimat dan Dr. Mujahid dah diarahkan buat satu kertaskerja lengkap pasai idea tu.

Tapi cara Siasah bawak cerita ni macam orang bukan Islam boleh jadi ahli sama macam ahli PAS yang Islam, takdak beza langsung. Saja ja ditulis sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu. Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Ok, cukup dulu setakat tu, nanti² pulak aku sambung, aku nak tengok pandangan orang lain dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...