Aku taktau nak gelak ka tak gelak dengan statement Zambry dalam, sifar setinggan konon, hujung tahun ni pulak tu. Taktau la apa niat dia kata macam tu. Mungkin dia ada matlamat lain atau mungkin jugak dia memang main belasah ja.
Ada dua isu besar berkenaan setinggan yang dia sendiri sebut. Taktau la dia faham ka dak apa yang dia sendiri cakap.
Kerajaan Perak telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengatasi dengan kadar segera masalah kewujudan setinggan di kawasan Lembah Kinta, Larut, Matang dan Selama serta Manjung.
Awat tempat lain kat Perak ni takdak setinggan? Tempatlain aku tak berapa pasti tapi kat Parit Buntar ni memangg ada. Kalau dia taktau pun ada setinggan kat sini dah tentu dah setinggan kat sini tak terlibat. Bukan sifar namanya kalau masih ada jugak.
Lagi satu kat sepanjang laluan rel keretapi, tak termasuk jugak dalam bancian dia? Mungkin jugak kot dah habih depa halau pasai nak buat landasan berkembar. Tapi kalau dah halau pun depa-depa tu lari ke mana?
Katanya terdapat antara 9,000 dan 10,000 keluarga yang tinggal di kawasan-kawasan setinggan tetapi jumlah itu mungkin lebih besar apabila proses mengenal pasti penduduk setinggan keseluruhannya dijalankan.
Takkan dia tak reti nak congak. Tak logik laa boleh selesai hujung tahun ni. Kalau sikit tak pa laa.
Kalu sebijik rumah 25k kalau 10,000 bijik dah kena ada 250 juta. Fuh!! Kaya laa spa yang boleh makan persent projek ni. Kalau 1% pun dah 2.5juta.
Tapi kalau bab komisyen memang aku percaya, lebih dari tu pun aku percaya.
Perak Sasar Sifar Setinggan Menjelang Akhir Tahun
SERI ISKANDAR, 3 Jun (Bernama) -- Kerajaan Perak telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengatasi dengan kadar segera masalah kewujudan setinggan di kawasan Lembah Kinta, Larut, Matang dan Selama serta Manjung.
Sambil menyifatkannya sebagai satu keutamaan, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata masalah penduduk yang mendiami tanah tanpa pemilikan telah berlarutan malah ada yang mendiami tanah kerajaan sehingga satu generasi.
"Kita akan memberi tumpuan menyelesaikan masalah ini dalam mencapai matlamat sifar setinggan. Kalau boleh kita akan selesaikan sebelum hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di sini hari ini.
Zambry berkata beliau sendiri akan mempengerusikan pasukan petugas berkenaan dan semua pejabat tanah dan daerah telah diarah mengenal pasti kawasan kediaman yang belum mendapat status pemilikan sah.
Katanya terdapat antara 9,000 dan 10,000 keluarga yang tinggal di kawasan-kawasan setinggan tetapi jumlah itu mungkin lebih besar apabila proses mengenal pasti penduduk setinggan keseluruhannya dijalankan.
Zambry juga berkata Jabatan Kerja Raya telah diarah untuk memantau tahap keselamatan bangunan sedia ada dan bangunan-bangunan baru yang akan dibina di negeri itu bagi memastikan kejadian bangunan runtuh seperti yang berlaku Terengganu dan di Perak dua tahun lalu tidak berulang.
Beliau berkata kejadian bangunan runtuh adalah perkara serius kerana ia melibatkan faktor nyawa dan keselamatan orang ramai dan Perak telah menerima beberapa cadangan penting daripada jawatankuasa yang menyiasat kejadian bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak di Pulau Banding yang runtuh dua tahun lepas.
-- BERNAMA