Baru aku persasan rupanya aku tak tulis lagi komen aku pasai pemilihan jawatan Naib Presiden PAS. ni Penanti punya penangan la ni. Boring PRK Penanti sampai aku jadi malas nak tulis blog langsung lupa nak ulas bab ni.
Jawatan ni jadi terbuka untuk calon-calon pelapis bila Mat Sabu dan Hj Husam menawarkan diri ke jawatan yang lebih tinggi. Lepas tu pulak Tuan Guru Ahmad Awang pulak menarik diri pasai nak bagi laluan untuk yang lebih muda. Jadinya ketiga-tiga Naib Presiden lepas ni semua muka-muka baru.
Macam yang semua tau, ada 5 calon yang menawarkan diri:
1. Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
2. Mujahid Yusof Rawa , YB Dr.
3. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato' Ustaz ’
4. Salahuddin Ayub, YB
5. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz
Mahfuz Omar
Hj Mahfus kali ni jadi calon paling senior pasai kalau tak salah aku dia ja sorang yang pernah bertanding jawatan ni sebelum ni. Dia mula bertanding lepas dia tak lagi jadi Ketua Pemuda PAS.
Dia ni dalam PAS boleh kira adik sikit dari Bang Mat Sabu. Bab ceramah memang hebat, sampai arwah Ust Fadzil Noor pun pernah heran dengan dia ni. Arwah Ust Fadzil pernah kata "Bila pulak Mahfuz ni jadi loyar" pasai kalau dia ceramah bersangkut bab undang-undang peguan pun boleh kalah dengan dia.
Bab istiqamah dengan PAS ni memang tak boleh dipertikaikan, yang paling aku ingat dia pilih masuk perjara pasi kes demo Israel dulu, bila keluar dari penjara rata dia ceramah pakai uniform banduan.
Dr. Mujahid Rawa
Dr. Mujahid ni anak kepada bekas Presiden (masa tu panggil YDP), Tuan Guru Hj Yusuf Rawa. Kalau bab tarbiah aku rasa tak perlu dipertikai pasai dia ni anak bekas YDP PAS, walaupun ada yang kata dia ni masa belajaq dulu lebih dekat dengan JIM dari PAS.
Dia ni dulu aktif kat Melaka, masa tu jadi pensyarah kat nama tah kat Melaka. Lepas tu letak jawatan pasai bertanding pilihanraya 2004 kat penang tapi kalah. PRU 2008 bertanding ket Parlimen Parit Buntar, menang dengan majoriti lebih 7000, lebih banyak dari yg Dr. Hasan Ali dapat masa bertanding di Parit Buntar PRU tahun 1999.
Dia ni semakin dikenali bi pegang lajnah Hubungan Antara Kaum. Bila Kelab Penyokong PAS mula ditubuhkan nama dia lagi kerap disebut.
Bab istiqqamah dalam PAS aku takmau hurai panjang pasai aku tak berapa tau walaupun dia dah jadi YB tempat aku lebih setahun pasai aku tak terlibat rapat dengan dia sejak lepas PRU pasai aku lebih suka jaga 'Bukit Uhud' dari jaga 'ghanimah'.
Nik Mohd Amar Nik Abdullah
Ustaz Nik Amar anak arwah Ustaz Pok Nik Lah, yang mungkin ramai ingat dia ni pernah jadi wakil rakyat tunggal PAS kat Parlimen masa pas kalah teruk lepas ditendang dari Barisan Nasional.
Dia ni pernah satu masa dulu disebut-sebut bakal pengganti TG Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, tapi la ni dah tenggelam bila Hj Husam Muncul. La ni masih jadi Exco kerajaan PAS Kelantan.
Dia ni kurang popular pasai lebih banyak masa di kelantan, kurang terlibat dengan PAS Nasional. Aku pun kenai sangat dia ni, kecuali sebagai Exco Kelantan.
Salahuddin Ayub
Sapa yang tak kenai Salahuddin Ayub, Sebagai Ketua Pemuda PAS pada aku dia ni cukup berjaya. Dia berjaya bawak keluar Pemuda dari mentaliti lama kepada mentaliti baru. Pemuda masa zaman dia jadi ketua pemuda memang sangat terasa.
Selain dari demo yang memang sepatutnya jadi antara aktiviti utama pemuda, Salahuddin berjaya panjangkan 'outreach' pemuda dengan buat aktiviti terus kepada orang ramai. Masa dia la pemuda cuba buat konsert, edar risalah masa konsert, penubuhan Yayasan Amal dan macam-macam lagi yang begitu berjaya meletakkan Pemuda PAS ditengah-tengah masyarakat.
Dalam bab istiqamah, aku langsung tak meragui dia ni. Pernah satu masa dulu sebelum jadi YB, dia pi mana-mana pun naik bas ekspress. Walaupun katanya dia nak rasa apa yang rakyat marhaen rasa tapi aku tau sebenarnya dia sendiri masa tu memang sebenarnya 'marhaen'. Wawancara siasah cetak baru ni dengan bini dia menjelaskan tahap komitment dia.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ust Tuan Ibrahim mula terkenal masa Forum Perdana popular satu masa dulu, antara panel jemputan yang cukup memikat penonton dengan gaya bahasa yang cukup menarik. Masa tu dia jadi pensyarah di ITM.
Lepas tu letak jawatan pasai bertanding dalam pilihanraya 1999. Dia menang di DUN Jengka Pahang tapi masa PRU 2004 dia kalah tipis.
Memang seorang ulama' yang disegani dalam PAS. Selain jadi Pesuruhjaya PAS Pahang dia jugak salah seorang ahli jawatankuasa Majlis Syura' PAS Pusat.
Pilihan aku
1. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Alasan aku pasai dia ni bawa title ulama' yang memang perlu manang. Rasanya dia ni menang mudah pasai dalam pemilihan AJK PAS Pusat sebelum ni dia dapat undi terbanyak kalau tak silap.
2. Salahuddin Ayub
Alasan aku pasai PAS perlu dia ni untuk dekat dengan golongan muda. Dengan pengalaman dia sebagai ketua pemuda yang cemerlang aku yakin dia mampu buat lagi banyak untuk tarik lebih ramai golongan muda untuk bersama dengan PAS.
3. Dr. Mujahid Rawa
Alasan aku bukan atas dasar dia ni wakil rakyat tempat aku tapi dia perlu untuk menjayakan misi 'PAS for all', satu strategi pelbagai tujuan yang amat sesuai untuk menjadikan PAS sebagai satu wadah untuk semua rakyat dan dalam masa yang sama merealisasikan cita-cita pas dalam Fasal 5 perlembagaan PAS.
Walau apa pun dua lagi calon jugak tak kurang hebat dan aku langsung takdak masalah kalau lagi dua ni yang menang.