
Kalau nak tau jalan cerita ceritera Hj Husam sempena pemilihan pucuk pimpinan PAS hujung minggu ni, boleh baca blog MSO, macam-macam ceritera buruk pasai Hj Husam dia buka. Kalau nak baca yang bela Hj Husam pulak boleh baca kat blog kickdefella.
Hangpa jangan tanya aku sapa betui sapa salah. Aku memang taktau. Aku pun takat baca kat blog ja, tak kuasa aku nak siasat sampai ke Kelantan nu.

Jadinya apa yang aku gatai nak tulis. Bukan gatai saja-saja tapi aku ada sikit kemushkilan, agak-agak pasai apa masa nak muktamar ni la yang YB Norzula nampak macam kalut sangat nak mintak maaf. Takkan tak boleh tunggu kut, kurang-kurang pun sampai habih muktamar hujung minggu ni.
Aku rasa kalau takat nak tunggu sampai Isnin depan pun takdak masalah kut. Aku tak perasan pulak ada tercatat kat mana-mana dah ditetapkan kena mintak maaf sebelum atau pada tarikh 2 Jun. Sungguh kalau ada aku memang betui-betui terlepas pandang.

Aku yakin bukan aku sorang ja yang mushkil pasai benda ni, saheh ramai lagi. Aku sebenarnya malas nak cari sendiri maklumat berkenaan benda tu, kalau aku cari aku yakin aku boleh dapat 'jawapan'. Tapi memandangkan la ni ramai yang 'sukarela' jadi tukang kempen Hj Husam, senang-senang ja kemushkila ni berjawab dan nama Hj Husam pun senang sikit nak ditambah bersihkan.
Jadinya, sapa-sapa yang ada jawapan, tolong la jawab, dengan SEGERA, pasai dah tak lama dah perwakilan nak mengundi ni, takut depa tak terbaca pulak jawapan hangpa dan depa dapat maklumat tak cukup lengkap.