Memang muka tak tau malu. Sepatutnya kalau betui² pejuang melayu, dia patutnya tentang PPSMI dari mula lagi. La ni bila dah dapat isyarat dari Muhyiddin Yasin, dia pun bukak langkah, konon²nya nak jadi juara dalam isu ni.
Pemuda Umno tidak mahu para pelajar dijadikan bahan ujian dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menurutnya, jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara.
"Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.
Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran bahawa keputusan akhir mengenai dasar ini akan diumumkan awal bulan depan.
Dia siap bagi lagi hasil kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan yang menyatakan
Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.
Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.Sekolah Menengah Aliran Sains:Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.
Walaupun aku tak berapa yakin hasil kajian t pasai aku rasa keadaan sebenarnya lagi teruk, tapi kalau takat tu pun sepatutnya Khairy bukan takat 'menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri', dia sepatutnya gesa supaya PPSMI dimansuhkan serta-merta. Tapi masalahnya dia takkan berani punya.
Lagi satu untuk membuktikan kenyataan Khairi ni sekadar kenyataan politik ja, aku nak minta sapa-sapa yang ada maklumat pasai kenyataan dia ni sebelum² ni berkenaan PPSMI tolong la hebahkan. Kalau sesuai boleh jugak jadi kempen untuk PRK N41 Manik Urai ni.