Lawan Umno : Tutup buku pasai Kerajaan Perpaduan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 23, 2009

Lawan Umno : Tutup buku pasai Kerajaan Perpaduan?

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."



Aku suka video ni part last sekali nila TG Nik Aziz kata "Berlakun takdak duit."

Saja nak tengok dari sisi lain. Kalau tengok video ni nampak macam TG Nik Aziz yang bersalah, bersalah pasai buat kenyataan suruh Timbalan Presiden PAS letak jawatan sampai dijatuhkan 'hukuman' kena tarik balik benyataan tu. Macam biasa, yang paling bersalah adalah media perdana pasai memperbesar²kan isu ni. Yang juga bersalah adalah Umno pasai bermain politik. Yang lain-lain didapati tidak bersalah cuma mungkin tidak boleh lagi bercakap pasai Kerajaan Perpaduan.

Aku tengok dari sisi lain ni pasai bekas Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Aris Awang tulis dalam blog dia
11. PAS retak.......... hampir punah.........

"Maaf je lah......... tak payah siasat apa-apa......... husnu zhon..........", setakat yang Aris Awang tengok.......


Harapan aku, banyak "amaran" dibuat dalam mesyuarat khas tu yang tak dihebahkan. Dan harapan aku 'amaran²' tu diambil peringatan sewajarnya.

Aku diam tapi aku akan terus perati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...