N14(P31) Manik Urai : Umno tak bagi balik mengundi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 27, 2009

N14(P31) Manik Urai : Umno tak bagi balik mengundi

Umno ni memang tak boleh pakai, jenih tak peduli apa pun. Depa peduli apa dengan demokrasi, bagi depa ada duit semua boleh beli. Depa sanggup buat apa saja nak bagi menang pilihanraya.

Kaedah yang terbaru depa tak bagi orang balik mengundi. Sungguh² depa takmau pengundi luar dari balik mengundi sampai katanya depa sanggup bari sorang RM300 untuk tak balik mengundi.

Harakahdaily melaporkan
"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi," dakwa Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman

Sebelum ni, SPR yang selalu jugak dilabel sebagai cawangan Umno tetapkan hari mengundi hari Selasa. Takdak alasan lain melainkan nak menyusahkan pengundi yang duduk luar untuk balik mengundi. Memang takdak alasan lain.

Dah buat SPR macam tu pun Umno masih tak yakin, tu yang depa tambah lagi dengan kaedah baru tu, sanggup bagi sorang RM300.00 untuk pastikan ramai yang tak balik mengundi.

Pasainya tak lain, melainkan depa yakin hampir semua pengundi yang duduk diluar kalau balik mengundi akan undi PAS. Tambah-tambah lagi yang duduk di pekan dan bandar besar. Depa² ni lebih terdedah dengan banyak sumber maklumat. Ramai yang ada akses internet yang lebih terbuka.

Umno cukup takut kalau puak² ni balik mengundi. Bukan takat depa² ni akan undi PAS tapi yang lagi Umno takut, depa² ni akan pengaruhi keluarga depa kat kampung supaya undi PAS.

Tambah-tambah lagi kalau anak² yang dok bagi seratus dua kat mak bapak kat kampung. Kalau depa ni balik, alamat peluang mak bapak depa nak mengundi Umno lagi la tipis.

Sebelum²ni Umno bagi duit tambang untuk balik mengundi. Kali ni depa dah tak buat cara tu pasai depa kena tipu. Ramai yang ambik tambang dari Umno tapi bila mengundi depa undi PAS. Dengar cerita sampai ada yang berterus terang bila petugas Umno tanya, depa bagitau depa undi PAS. Tu yang depa hangat hati sangat tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...