Lawan Umno Manik Urai : Siapa Fauzi Abdullah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 27, 2009

Lawan Umno Manik Urai : Siapa Fauzi Abdullah

Semalam dah selesai satu agenda untuk Manik Urai, nama calon PAS dah pun diumumkan. Harap² takdak yang tak puas hati.

Macam yang disebut² ramai bloggers tah maklumat mana depa dapat, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon dan diumumkan oleh TG Nik Aziz.

Nampak dari gayanya dia ni bukan ulama' dan bukan profesional tapi labih kepada aktivis parti.

Harakahdaily melaporkan
Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.

Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.

Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.

Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...