Lawan Umno : Mengawal kerosakan 2 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 10, 2009

Lawan Umno : Mengawal kerosakan 2

Sebelum aku beranti hingaq pasai Kerajaan Perpaduan ni, aku nak perabih sikit lagi, pandangan dan cadangan dari aku, daun kari penjaga Bukit Uhud.

Mau tak mau pimpinan PAS kena terima hakikat yang pemilihan kali ini bagi kesan yang cukup hebat. Kempen mengempen dan lobi melobi jawatan dari calon, kempen manager ataupun penyokong akhirnya menyebabkan terlihat ujud keretakkan pada keutuhan ukhwah PAS.

Belum pernah terjadi pemilihan yang macam ni punya hebat berkempen. Tak kira la sama ada dengan arahan calon yang bertanding ataupun dak, tak kira la sama ada dengan kerelaan caon ataupun dak dan tak kira la samada dengan pengatahuan calon ataupun tak.

Yang jelasnya terutama sekali untuk jawatan Timbalan Presiden, semua calon dilihat berkempen, berkempen dengan cara yang tak pernah dibuat sebelum ni. Salah atau betui cara berkempen satu isu lain tapi kesan kempen tu tetap terlihat.

Jadinya sesuatu perlu dibuat untuk mengurangkan kerosakkan yang berlaku pasai kempen pemilihan kali ni. Memang pimpinan boleh senang-senang kata
"Sebenarnya takdak apa pun, orang lain yang lebih-lebih, calon yang bertandng boleh bersalam, takdak masalah."
Masalahnya orang ramai nak percaya ka? Dengan apa yang aku baca dan aku dengar, aku sikit sangsi. Jadinya pimpinan perlu buktikan dengan tindakan yang memang sebenarnya takdak apa-apa.
Semua tu cuma sekadar air berkocak dalam cawan, kita cuma nak bagi lanah gula bukan nak pecahkan cawan."

Aku sangat setuju dengan cadangan beberapa bloggers yang mencadangkan supaya kedua-dua calon yang kalah dilantik kedalam Dewan Harian.

Dan hari ni Harakahdaily melaporkan
Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.

Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.

Berita tu jugak melaporkan yang YB Salahuddin Ayub, sorang lagi Naib Presiden, turut bersetuju dengan pendapat YB Mahfuz.
Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

"Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian.

"Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.

Aku sangat setuju dengan cadangan sorang perwakilan yang tulis dalam blog dia. Dia mencadangkan Hj Mat Sabu dilantik sebagai Ketua penerangan dan Hj Husam Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya, dua jawatan dalam Dewan Harian yang cukup sesuai dengan depa.

Selain dari dua jawatan tu dua lagi jawatan Setiausaha Agung dan Bendahari tapi pada aku dua-dua tak sesuai pegang jawatan-jawatan tu.

Kalau Presiden lantik depa dua ke jawatan-jawatan yang aku mula-mula tadi tu aku cukup yakin, keadaan "kacau" ni akan reda. Bukan takat ahli PAS akan lega, ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat pun akan lega.

Aku cukup yakin dengan perlantukan tu, kerisauan semua pihak kepada idea Kerajaan Perpaduan akan hilang. Dan insyaallah sokongan kepada PAS akan kembali macam sebelum ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...