Isu MB Nizar lawan Umno : Sanggup panjat mahkamah lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 20, 2009

Isu MB Nizar lawan Umno : Sanggup panjat mahkamah lagi?

Semalam Hj Nizar pi mahkamah lagi. Kali ni ke Mahkamah Persekutuan. Proses terakhir undang-undang. Semalam Hj Nizar pohon mahkamah menetapkan supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim. Kalau tak silap aku Mahkamah Persekutuan ketika ini ada 12 orang hakim.

Puas dia tunggu sampai ke sudah Penghakiman Bertulis Mahkamah Rayuan tak jugak keluar. Dia dah tak boleh tunggu lagi pasai rayuan tu kena dibuat dalam tempoh 30 hari. Maksudnya tak boleh lewat dari 22 Jun. Takkan nak tunggu hari Isnin, apa pun boleh berlaku kalau tunggu sampai Isnin ni, dengan Umno ni bukan boleh kira.

Malaysiakini melaporkan
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam permohonannya juga, Nizar turut menyertakan permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.

Mahkamah menetapkan permohonannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan pada 9 dan 10 Julai depan.
Semenjak dua menjak ni, dalam aku dok sembang kat kedai mamak dan kedai kopi aku selalu jugak cucuk bab Perak ni. Saja nak tau apa persepsi orang ramai pasai kes Perak ni.

Rata-rata macam dah fed-up, dah malas nak sembang. Majoritinya berpendapat lebih kurang, "sudah² laa, tak payah dah la berlebih² pasai Perak ni, dah dapat kat Umno dah la, yang penting buat kerja untuk PRU13."

Tambah pulak bila jadi insiden kat Parlimen baru ni sampai Hj Nizar kena halau dari dewan dan digantung 2 hari, ramai yang mempersoalkan tindakan tu.

Kalau aku tak terlibat secara langsung dengan BloggersNetwork@Perak yang berkampung kat rumah MB dulu, mungkin aku pun sependapat dengan depa. Tapi pasai aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, rasa sendiri suasana masa tu, aku dapat bayangkan apa yang Hj Nizar rasa.

Aku tak heran dia boleh buat sampai macam tu, malah kalau lebih 'hebat' dari tu pun aku tak heran. Memang dia rasa sungguh macamana teruknya Umno dan kuncu-kuncunya buat untuk rampas kerajaan Perak.

Berkenaan turun naik mahkamah ni pun satu benda lagi. Memang ramai yang agak tak berapa setuju. Tu depa belum dengar lagi kos yang terpaksa Hj Nizar tanggung untuk bawak kes tu turun naik Mahkamah. Yang aku dengarnya beratus ribu dah habih, ada sapa yang ambik tau hal tu.

Habih tu pasai apa dia sanggup lagi nak panjat Mahkamah Persekutuan dalam keadaan aku yakin dia pun sedar peluang dia nak menang kes ni sangat tipis.

Pada aku takdak lain selain nak menunjukkan yang PAS benar-benar cuba nak hormat kepada undang-undang. Memang dari awal pun Hj Nizar pernah kata yang dia akan gunakan apa jugak saluran yang dibenarkan untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Sebenarnya Hj Nizar buat semua tu bukan untuk peribadi dia. Kalau pasai gila kuasa memang dia betui² gila pasai kalau memang pun belum tentu dia boleh terus jadi Menteri Besar dengan selesa. Sekurang²nya hubungan dia dengan Istana terutama dengan sultan Azlan memang dah tak ok.

Kalau ada yang kata dia buat semua tu pasai gila harta lagi la tak logik pasai buat apa da perabih beratus ribu kalau peluang untuk menang sangat² tipis. Kalau menang pun berapa sangat yang dia boleh dapat, berapa sangat elaun dia sebagai MB.

Takkan dia boleh kalaupun sia berani nak songlap duit pasai satunya dia pimpinan PAS. Tang lagi berap pasai satu dunia dok tengok dia dan ramai yang tertnggu² kalau² dia songlap duit. Bukan takat orang Umno, aku yang PAS ni pun akan belasah kalau cukup bukti.

Tambah pulak dia dah cakap sejak dari mula dan sentiasa diulang-ulang, dia akan terus segera mintak DUN dibubarkan kalau kes ni berpihak kepada pakatan rakyat. Takkan dia tak sedar kalau dah bubar DUN dan kalau menang lagi sekali pun, peluang untuk dia jadi MB sangat² tipis.

Jadinya dia buat semua tu memang etui² pasai rakyat dan secara tak langsung untuk jaga nama PAS. Pasai tu la ramai yang tambah bengang kat Ust Nasa bila dia kata tindakan Hj Nizar kat Parlimen baru ni hnaya untuk tarik perhatian dunia. Kenyataan yang pada aku sungguh tak sensitif dan tak patut keluar dari mulut timbalan Presiden PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...